Sunday, September 27, 2015

sakit itu penghapus dosa

Jun 2015...aku perlu berjumpa doktor....macam aku tak sihat. Doktor wanita itu memeriksa aku dan aku dirujuk pula kepada doktor pakar. Aku diminta pula untuk menjalani pemeriksaan terperinci....ultra sound dan biopsy. Lebih kurang 3 minggu Dr memaklumkan keputusan biopsy ialah Ductal Carcinoma. Maksudnya earliest stage breast cancer.It's known as stage O breast cancer.
Walaupun dalam hati mengharapkan keputusan itu sekadar ketulan yang tidak berbahaya tetapi terpaksa lah aku menerima hakikat dan kenyataan ini.
Sekali lagi aku menjalani thru cut biopsy dan ctscan bagi melihat sama ada cell cancer tersebut telah merebak di mana2 organ yang lain. Alhamdulillah...dengan keputusan biopsy dan ctscan cell itu masih bertahan di situ. Aku dikehendaki pula menjalani pemeriksaan mamogram dan keputusannya juga sama....masih ductal carsinoma.
Aku diberi temujanji untuk berjumpa doktor pakar di Klinik Payudara. Setelah diperiksa doktor pakar wanita itu mensarankan agar aku menjalani rawatan chemoteraphy bagi mengecutkan ketulan itu dan kemudian dibuang dan cara ini dapat menyelamatkan payudara. Alhamdulillah...syukur...lega mendengar nasihar doktor pakar itu.
Sebelum menjalani rawatan chemo di Jabatan Radioterapi dan Onkology ...darah aku diambil, jantung dan paru2 diperiksa, tekanan darah diambil.
Bermula dari tarikh 22 September doktor telah memberikan aku cuti sakit dan berterusan dari chemo ke chemo dan sehingga pembedahan dan selepas pembedahan. Doktor kata aku perlu berehat di rumah dan tak perlu datang kerja. Aku terkejut juga bila doktor memberi cuti begitu panjang...walaupun aku bekerja di Bhg Servis tapi tak sangka pula cuti pesakit kanser itu bermula dari penyakit itu disahkan doktor.

Pada hari pertama aku terasa ada ketulan di payudara bohonglah kalau aku tidak merasa bimbang dan takut tapi sebaris ayat yang selalu aku baca ' jika sudah ajal tidak terawal atau terlewat walau sesaat'. Bila teringat ini hati aku terasa lega dan berusaha mencari ubat2 herba agar dapat membantu membantutkan pertumbuhan cell kanser ini. Aku pun merajinkan diri berjinak2 dengan pak google. Bermula aku membeli teh daun rerama secara on line.  Lepas tu anak aku pula membeli biji aprikot juga secara on line . Pahitnya ya Allah....biji aprikot itu tetapi dek kerana nak mencegah cell itu merebak maka terpaksalah dikunyah juga...20 biji setiap 4 jam. Selain itu saya juga mencuba bawang hutan, durian belanda, jus belalai gajah, enertri dan macam2 buah-buahan lagi. Tapi yang pasti aku juga mengamalkan membaca ayat2 Al Quran pencegah kanser.

Bila memikirkan hikmah yang Allah berikan kepada aku ini...Alhamdulillah syukur...kerana dengan penyakit ini aku lebih kuat mengingat Allah dengan bangun malam solat tahajud, solat taubat, solat hajat, solat witir. Aku juga melazimi diriku untuk solat dhuha setiap hari melainkan perkara yang tidak dapat dielakkan. Aku juga mengajak diri ini membaca AlQuran setiap hari walaupun sebaris ayat. Alhamdulillah....Rahmat Allah tetap turun kepada kita jika kita sentiasa mengerjakan perintah Allah.