berita sedih berpulangnya ke Rahmatullah sahabat yang juga pesakit kanser tahap 4....diterima dengan reda namun sebagai manusia biasa tetap juga menjadi satu kenangan dan ingatan yang tidak akan dilupakan. Pada 16 Dis 2018 sempat berkunjung ke rumah beliau bersama rakan pesara guru bagi tujuan menziarah dan memberi semangat di atas derita yang ditanggung beliau......masih ingat lagi masa kunjungan itu beliau seakan dilanda kemurungan....tanpa senyuman menyambut kedatangan kami.....mungkin beliau menanggung bermacam2 perasaan dan juga kesakitan yang beliau saja yang rasa.....beliau sempat bercerita bahawa keluarga beliau ramai juga yang menghidap penyakit ini dan telah pergi selama2nya dan ada juga yang survive.....sedikit komunikasi dengan beliau....sambil bersalaman.....
Me: kuatkan semangat cikgu....jangan fikirkan penyakit tu kita buat relax sahaja....
Dia: macamana ya...saya tak boleh ....saya mau belajar macamana cara nak relax dengan keadaan ini (dengan nada yang sebak dan mengalir air mata).....
Me: tak terkata apa2 lagi hanya berdoa semoga cikgu ini diberi kekuatan......
beberapa bulan selepas itu beliau dimasukkan ke hospital untuk membuang ketulan sel ganas di payu dara....dan seterusnya menjalani rawatan kemoterapi.....
20 Ogos 2019 beliau kembali ke Rahmatullah.........lebih kurang 8 bulan pertemuan terakhir bersama pesara guru di rumahnya.....
Innalillahiwainnailaihirojiuun.......semoga cikgu damai di sana dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman.
kunjung ziarah pada 16 Disember 2018