Sunday, May 28, 2017

15/5 Review

selepas subuh kami bertolak ke terminal feri. Feri jam 6.00 pagi sudah menunggu. Sampai hospital Likas lebih kurang jam 1.40 petang. Ambil nombor dan print GL. Sementara menunggu jam 2 petang masuk surau sekejap untuk solat zohor jamak qasar dengan asar. Mujur surau ada depan klinik onco....seronok eh...walau sibuk macamana...jangan lupa kewajipan kita...solat itu tanda kita ingat Allah.....
sempat borak2 dengan rakan senasib......belum habis cerita kawan tadi Dr dah panggil...aku pun minta diri dan masuk dalam bilik rawatan. Biasalah Dr tu tanya ini tanya itu....cek sana cek sini...dia kata ok ....aku pun tanyalah ......Doc macam ada keras2 lagi tu apa...Dr kata itu kesan luka pembedahan....kalau tengok ultra sound tu ok jer.....Alhamdulillah....legalah sikit...
Apa kah aku bebas dari cell pelik itu? semoga saja dan mudah2an penyakit tu tak berulang....In sya Allah.....
dalam menunggu janji temu Dr sebenarnya aku dan suami cuba berubat dengan ayat2 Alquran selama 21 hari setiap solat fardu....
kita yang Islam ni boleh amalkan...In Sya Allah

Baca Alfatihah 1 x
Baca Surah Al Ikhlas  3 x
Selawat 3 x
Surah Al Fiil 21 kali

disamping kita juga sentiasa berdoa kepada Allah dan yang penting kita jangan tinggal solat...di masa kita senang di masa kita sihat di masa kita lapang apatah lagi masa kita susah sakit dan sibuk....latih diri untuk istiqomah.......


Sunday, May 7, 2017

MAMMOGRAM SELEPAS RAWATAN KEMO, OPERATION, RADIO DAN HERCEPTIN

4 Mei 2017 tarikh yang diberi. Seawal jam 8 mendaftar diri untuk pemeriksaan mammogram. Risau, bimbang dan resah bercampur baur. Ini kerana macam terasa ada ketulan lagi...namun aku pasrah...nak buat macamana. Setelah dipanggil untuk pemeriksaan banyak juga persoalan di kepala...ok kah aku ni? kena kemo lagi kah aku ni? kecut perut bila memikirkan semua itu...lemah seluruh badan bila memikirkannya...nobody knows....
bagi aku mati itu pasti sebab semua orang pun akan mati...tapi biarlah sebelum mati aku tidak menyusahkan orang...walau darah dagingku sendiri...tak mau mereka susah dan terganggu kehidupan kerana mengurus sakitku nanti....macam2 dalam benak fikiran.
Selesai mammogram aku kena tunggu lagi untuk ultra sound....Dr nak cek lagi kewujudan cell yang pelik tu...lebih kurang 20 minit menunggu Dr tu muncul lagi dan aku kena buat mammogram sekali lagi sebab Dr pakar nak pastikan sebab gambar yang pertama macam kurang jelas kata amoi radiologist tu...so buat lagi mammogram kali kedua...ada sakit sikit sebab nak ambil angle yang dikehendaki....aduhhhh...takpa lah yang penting aku berjaya juga melepasinya....sabar jer lah
Lebih jam satu Dr tu beri tahu takda apa2 so boleh balik dan datang lagi untuk janji temu pada 15/5 .....wah adalah happy sikit....lega....lapar lah pulak...nak isi perut dulu lah....

Friday, April 21, 2017

CUBA BAKAT SENDIRI MELALUI PUISI 4

ANDAI INI PENGAKHIRANKU

Ya Allah
aku reda dengan ketentuanMu
hikmah disebaliknya
kafarah dosa

Ya Allah
aku pasrah semuanya
berkati dan rahmatilah aku ya Allah
dalam menjalani hari2 terakhirku
kurniakan aku kudrat yang berterusan
untuk terus menjalankan kewajipanku ya Allah

Hanya Engkau ya Allah
tempat aku mengadu dan memohon pertolongan
matikan lah aku ya Allah dalam IMAN, ISLAM
di tempat yang baik
hari yang baik
dalam keadaan yang baik2
di kelilingi orang yang baik2
kerana aku sentiasa berusaha ya Allah
menjadi hambaMu yang baik

Terima kasih suamiku
kerana bimbingan dan didikanmu
mengharap doa dan reda darimu kepadaku
Alhamdulillah ... Allah jodohkan aku denganmu
semoga Allah beri kesihatan yang berterusan buatmu
dilindungi Allah sentiasa
salam kasih sayang buat suamiku
mohon maaf dan keampunanmu
suamiku dunia akhirat

Terima kasih anak2ku
menjadi penghiburku selama ini
bersyukur dengan kehadiran kalian
semoga diberi kesihatan dan dimurahkan rezeki
aku reda seikhlas hatiku
agar kehidupan anak2 ku dunia akhirat
mendapat reda Allah
salam kasih sayang untuk anak2ku

Terima kasih cucu2ku
kalian mewarnai kehidupanku
terhapus kesedihan
semoga cucu2ku diberi kesihatan
dilindungi dipermudah urusan dan diberkati Allah
semoga menjadi anak2 yang soleh dan solehah kepada ayah dan ibu kalian
sayang teramat sayang buat cucu2ku

Terima kasih menantu2ku
kalian menceriakan kehidupanku
maafkan aku kalau ada khilaf bicara
dan tingkah laku tak disukai
aku gembira menerima kalian dalam keluargaku
semoga diberi kesihatan dipermudahkan semua urusan
bahagia hidup disamping anak2ku
dan tanamkan kesabaran dalam diri
agar mendapat reda Allah
salam kasih sayang buat menantu2ku

EITAIZRAM
220417

Wednesday, April 19, 2017

HERCEPTIN C17 - 170417

i am hoping that this is my last herceptin...buat who am i to tell my future.

Saturday, April 8, 2017

CUBA BAKAT SENDIRI MELALUI PUISI - 3

TEMAN SEJATI

keikhlasan menerimaku apa adanya
kesediaan membimbingku
melalui engkau
Allah turunkan Hidayah Islam padaku
Alhamdulillah....syukur tak terhingga
terima kasih suamiku

sedikit demi sedikit ku pelajari
cara hidup dan budaya
namun kadang-kadang aku alpa
maafkan aku suamiku

kau menjaga aku selalu
menemani aku
menegur silapku
bersedih menerima berita sakitku
kerana engkau selalu menyatakan
kau terlalu sayangkan aku
terima kasih suamiku
dan maafkan aku suamiku
kalau aku selalu menyakiti
tingkah laku yang tidak kau sukai

namun aku selalu mohon pada Allah
disetiap doaku
agar kau diberi kesihatan
dilindungi, diberkati dan dirahmati
kerana Allah telah memilihmu
menjadi punca nya aku
menjadi seorang muslimah
terima kasih suamiku

andai kau rasa pernah menyakitiku
lantaran kekurangan dan kelemahanku
menjaga diri sendiri
seikhlasnya aku sentiasa memaafkanmu
dan reda seikhlas hatiku
semoga Allah reda padaku

di penghujung usia ini
aku sentiasa mengharap kasih sayang dan ihsanmu
kerana kaulah satu satunya harapanku
sebagai teman sejati, rakan, kekasih, suami
ayah kepada anak anak ku
atuk kepada cucu cucu ku
dalam meniti hari hari seterusnya

EITAIZRAM
040417

CUBA BAKAT SENDIRI MELALUI PUISI - 2

HIDAYAH

di sini bermulanya HidayahMu
terdetik hati melihat hala tuju peganganku
membuat perbandingan sendiri
tanpa memikirkan keluarga terutama ibu ayah yang mengasehi
dalam benak fikiran hanya nekad untuk berubah

Alhamdulillah
ada yang sudi
membimbing
mendidik
menjaga
menemani
di sini lahirlah rasa sayang
kasih mengasehi
berkongsi cerita

namun
ku akui kekurangan dan kelemahan diri
lurus bendul
memakan diri

qada dan qadar
121280 tarikh keramat buat ku
ISLAM menjadi pegangan
status suri menyusul
limpahan kasih sayang dari suami tercinta
Alhamdulillah

lahirlah si comel comel
putera putera hati belaka
310182 jam 11.26 tengah malam hari Ahad malam isnin
100383 jam 11.26 pagi hari Khamis
010285 jam 9.35 malam hari Jumaat malam Sabtu
270786 jam 1.15 pagi hari Ahad

sibuknya kehidupan membesarkan putera putera ku ini
kunun cukuplah sudah
namun Allah memberi rezeki lagi setelah enam tahun
lahirlah seorang putera lagi
pada 300892 jam empat pagi hari Ahad

Alhamdulilah Alhamdulillah Alhamdulillah
syukur ya Allah
atas kurniaanMu

Namun dugaan tetap datang melanda
di celah celah kehidupan ini
mohon padaMu ya Allah
kuatkan lah semangatku
permudahkan aku
lindungi aku
berkati dan rahmatilah kehidupanku
hingga ke Jannah
aamiin...........


EITAIZRAM
030417

CUBA BAKAT SENDIRI MELALUI PUISI - 1

SAYU

andai masa boleh diundur
andai jarum jam boleh dipusing balik
andai zaman boleh kembali semula
andai sejarah boleh diperbetulkan

namun
masa tetap berlalu tanpa menunggu
jarum jam terus berpusing tanpa henti
zaman terus berubah
sejarah tetap tinggal sejarah

yang tinggal
hanya kenangan
penyesalan
kesedihan

semoga
Allah terus beri Hidayah
maghfirah
ketenangan jiwa
ketenteraman hati
kebahagian diri

walau
diuji dengan penyakit
sebagai penghapus dosa
aku reda ya Allah
demi mencari redaMu
keberkatan dan RahmatMu ya Allah

EITAIZRAM
310317