Tuesday, February 2, 2016

13/1/16 my last kemo

my last kemo.....lump tu dah tak ada.....Alhamdulillah    syukur....dalam hati berharap pembedahan tidak akan dilakukan...tapi siapalah kita .....kena rujuk pada yang pakar....dan of course ketentuan Allah jua......

Sunday, December 27, 2015

Kemo ke5 23/12

Alhamdulillah....kemo yang ke5 dijalni seperti biasa. Terasa keletihan beberapa hari selepas itu tetapi nampaknya ketulan dah beransur kecut dan selepas 2 minggu dah tak boleh dirasa lagi macam dah hilang semuanya tinggal bekas2nya sahaja....Alhamdulillah....

Monday, December 7, 2015

Kemo k4 2/11

Syukur Alhamdulillah....lalui kemo yang ke4 dengan sabar dan tetap sihat seperti biasa.

Wednesday, November 18, 2015

kemo ke3 pada 1111

Pada 5/11 aku kena jumpa doktor pakar lagi...kena tengok sejauh mana kecutnya ketulan yang ada itu...wah dah semakin mengecut...ke 3cm. DP kata kena habiskan kemo maksimum 6 kali. Maknanya sehingga Januari tahun depan. Wah panjangnya cuti aku nih. Op membuat ketulan akan dibuat pada 15/2/16 tarikh dah ditetapkan. Aku redha aje lah.

sedar tak sedar dah kemo yang ke3 aku jalani ni....boring tak boring tapi kena buat jugalah. Semakin ramai kawan2 aku buat kemo...yang lama yang baru. AKu masih kuat dan sihat seperti biasa...tetapi aku ni degil sikit....buat kerja tak henti2 kalau badan sihat...lepas tu dah terpaksa berehat 2 hari untuk pulihkan tenaga. Aduhai....sedih....kalau tak berapa sihat ni banyaklah pula berbaring dan tidur.

Alhamdulillah...aku kuatkan juga semangat dan gagahkan diri untuk buat kerja2 rumah yang biasa sehingga keluar peluh. Bunga2 di laman tetap dibelai dan siram agar segar. Itulah penghibur.







Saturday, October 24, 2015

Chemo kali k2 20/11

20 Nov aku attend chemo kali ke2. Kali ini kami pegi awal ke Hospital...jam 6.30 pagi dah bertolak dan sampai di situ parking masih ada yang kosong....kami breakfast nasi lemak sebelum mendaftar masuk. Di Jab Onkology aku letak kad temujanji dan hasil ujian darah yang telah aku jalani pada 15 Nov. Aku duduk menunggu dan terdengar Doktor tu menelefon dari kaunter kepada seseorang sambil menyebut2 nama aku. risau juga aku...apa hal ni...lepas tu nurse pangil aku masuk ke bilik untuk cek tekanan darah dan timbang berat....berat aku masih mantain 73.1...tekanan darah 137/87...nurse tu kata aku kena ambil ujian darah sebab yang terdahulu itu ada yang tak kena...kalau masih keputusan yang sama maka chemo postpone katanya.                  

Sunday, October 11, 2015

Hadir Kelas Agama

Sebelum sakit aku adalah pelajar Kelas Pendidikan Wanita (Kelas Agama Untuk Wanita) dan selepas sakit pun aku tetap mengikuti kelas kecuali aku terpaksa menghadiri temujanji doktor. 5 hari lepas chemo aku attend juga kelas...aku pandu kereta sendiri walaupun kepala dan hidung sakit2 lah sikit...rasa tak selesa. Bagi aku kalau sakit masih boleh berjalan itu bukanlah alasan untuk ponteng kelas agama. Rugi kalau tak ikut kelas sebab menghadiri kelas seperti itu seolah2 aku mengunjungi taman2 di Syurga. Di kelas tu aku boleh mengikuti kelas tauhid, tasauf, sirah Nabi, aqidah dan fekah. Lepas solat asar berjemaah di Masjid ada pula kelas ngaji Alquran secara thalaqi. Kawan2 dah semakin ramai hadir di taman2 syurga ini. Semasa aku cuti sakit ini...seronok pula aku hadir kelas ni...tak mengantuk bila dengar ustaz tu bercerita sebab aku dah buat qailulah....segar saja mata aku berbanding semasa aku belum cuti sakit ...pasti kawan sebelah kejutkan aku sebab terlelap.
Alhamdulillah.....Allahu Akbar......Allah menguji aku dengan penyakit ini tetapi Allah banyak memberikan aku nikmat dan hikmah disebaliknya. Syukur ya Allah....

Kewajipan tetap dijaga

Sebelum sakit dan setelah disahkan sakit.....jangan sekali2 kita lupa tunaikan kewajipan kita sebagai seorang Islam. Kalau nak cakap sebelum sakit tu...iyalah masa aku sihat tak tau lagi ada sakit kewajipan tetap aku tunaikan. Dalam kehidupan aku masa itu aku tambah juga solat2 sunat yang aku mampu buat. Biasanya aku lazimi solat sunat subuh dan solat sunat dhuha. Solat tahajud tu aku buat bila aku terjaga sebelum subuh...biasanya dalam jam 3 atau 4 pagi. Aku baca AlQuran sekali sekala bila aku tidak keletihan...maklumlah kan dan siang bekerja...bila malam badan pun terasa letih sangat.
Setalah aku disahkan sakit dan diberi cuti panjang...banyaklah masa aku di rumah. Tapi biasalah lepas chemo badan kita mesti rasa tak selesa...kepala sakit...hidung sakit sebab kesan ubat....badan mudah letih...tak boleh kena panas matahari. Masa2 yang terluang aku gunakan sebaiknya...kalau aku terbangun pastikan aku buat solat tahajud dan witir. Pada malam sebelum aku chemo hari tu aku terbangun malam dan buat solat tahajud, solat hajat dan berdoa pada Allah agar ubat chemo itu hanya mematikan cell yang jahat sahaja. Setiap pagi aku tetap buat solat dhuha. Selepas solat maghrib dan solat subuh aku lazimi baca Al Quran...tapi kalau aku rasa sihat lepas solat asar atau zohor pun aku baca Alquran. Lepas solat Isyak pun aku baca lagi AlQuran. Macam2 surah aku baca....yang popular aku baca tu ialah surah Alwaqiah, surah Almulk, Surah Yaasin, Surah Assajadah, Surah Addukhan dan aku juga baca surah2 penyembuh cell kancer. Kadang2 aku baca Al Maathurat.
Pengalaman aku baca AlQuran selepas chemo ni betul2 meresap dalam badan aku....aku jadi bertenaga dan dan cergas. Kepala yang selalu sakit...badan yang terasa panas...jadi sejuk dan boleh buat kerja2 rumah yang ringan.....selera makan pun bagus..tak pernah ada rasa loya2 apa lagi rasa nak muntah seperti yang selalu dialami pesakit lepas chemo. Alhamdulillah...13 hari lepas chemo rambut pun masih ok....ada juga lah rambut yang gugur bila disikat.
Subhanallah.....betapa beruntungnya kalau kita boleh membaca Alquran....janganlah sia2kan masa yang ada... kita kena pergi kelas mengaji dan betulkan tajwid, mahkraj...dan usaha kita itu pasti diredhai Allah swt dan doa2 kita pasti dimakbulkan.