Sunday, July 16, 2017

SABAR-TAWAKAL-KUATKAN SEMANGAT-ISTIQOMAH DALAM BERIBADAH.....INGAT ALLAH

sabar je lah...apa nak buat...terima qada dan qadar Allah...Allah tidak akan menguji hambaNya jika ia tidak mampu menanganinya.....Allah itu maha tahu segalanya...hikmah tetap ada dan jangan lupa ingat Allah selalu dalam keadaan apa pun....dengan cara tersendiri;
solat fardu sudah pasti
solat sunat in sya Allah
zikir in sya Allah
baca Al Quran in sya Allah
semoga
Allah mempermudahkan urusan dunia dan akhirat

ingat Allah....
janji Allah pasti

Wednesday, July 12, 2017

PUASA 6 DI BULAN SYAWAL - mulai 9 syawal

Alhamdulillah....selesai sudah ku tunaikan puasa 6 di bulan Syawal tahun ini. Syukur semuanya dipermudahkan......ingin mendapat pahala lebih...untuk bekal di sana nanti....
Mulai 9 Syawal bersamaan 3 Julai 2017 aku mulakan puasa dengan hati yang ikhlas kerana Allah....sehingga 7 Julai....baru dapat 5 hari...ada 1 hari lagi...tapi ada 2 jemputan kahwin..anak2 kawan2 pulak tu...so terhentilah puasa sementara....9 Julai aku teruskan lagi puasa untuk mencukupkan 6 hari....Alhamdulillah...selesai dah....nak cari pahala bah.....

"dipetik dari Internet":
Puasa enam hari bulan Syawal selepas mengerjakan puasa wajib bulan Ramadhan adalah amalan sunnat yang dianjurkan bukan wajib. Seorang muslim dianjurkan mengerjakan puasa enam hari bulan Syawal. Banyak sekali keutamaan dan pahala yang besar bagi puasa ini. Diantaranya, barangsiapa yang mengerjakannya niscaya dituliskan baginya puasa satu tahun penuh (jika ia berpuasa pada bulan Ramadhan). Sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadits shahih dari Abu Ayyub Radhiyallahu 'Anhu bahwa Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal, berarti ia telah berpuasa setahun penuh."
(H.R Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa'i dan Ibnu Majah)
Rasulullah telah menjabarkan lewat sabda beliau:
"Barangsiapa mengerjakan puasa enam hari bulan Syawal selepas 'Iedul Fitri berarti ia telah menyempurnakan puasa setahun penuh. Dan setiap kebaikan diganjar sepuluh kali lipat."
Dalam sebuah riwayat berbunyi:
"Allah telah melipatgandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali lipat. Puasa bulan Ramadhan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari bulan Syawal yang menggenapkannya satu tahun."
(H.R An-Nasa'i dan Ibnu Majah dan dicantumkan dalam Shahih At-Targhib).
Ibnu Khuzaimah meriwayatkan dengan lafazh:
"Puasa bulan Ramadhan setara dengan puasa sepuluh bulan. Sedang puasa enam hari bulan Syawal setara dengan puasa dua bulan. Itulah puasa setahun penuh."
Para ahli fiqih madzhab Hambali dan Syafi'i menegaskan bahwa puasa enam hari bulan Syawal selepas mengerjakan puasa Ramadhan setara dengan puasa setahun penuh, karena pelipat gandaan pahala secara umum juga berlaku pada puasa-puasa sunnat. Dan juga setiap kebaikan dilipat gandakan pahalanya sepuluh kali lipat.
Salah satu faidah terpenting dari pelaksanaan puasa enam hari bulan Syawal ini adalah menutupi kekurangan puasa wajib pada bulan Ramadhan. Sebab puasa yang kita lakukan pada bulan Ramadhan pasti tidak terlepas dari kekurangan atau dosa yang dapat mengurangi keutamaannya. Pada hari kiamat nanti akan diambil pahala puasa sunnat tersebut untuk menutupi kekurangan puasa wajib.

Saturday, June 24, 2017

esok hari raya.......25 Jun 2017 bersamaan 1 Sawal 1438h

esok hari raya memang sudah dijangka kerana perkiraan mengunakan hisab dan rukyah....kalau zaman dulu nak tentukan raya bila anak bulan kelihatan...kalau tak kelihatan tak rayalah....

Alhamdulillah...raya tahun ini dimeriahkan dengan kehadiran 3 anak, satu menantu dan satu cucu...oklah tu.....anak2 lain beraya di kampung halaman mak dan pak mertua masing2....omputih bilang gilir2 kunun......In sya Allah tahun depan kita raya dan kumpul pula ramai2 dan beraya di Bukit Gambir...
Setiap tahun menu tidak pernah berubah dan semestinya takkan berubah sebab itulah menu kegemaran di hari raya....itu lah Lontong Johor......soto ayam Johor.....
lepas makan2 kami santai2 tengok drama korea.....

Friday, June 23, 2017

MAKANAN UNTUK PESAKIT KANSER

1. banyakkan makan sayuran hijau dan berwarna terang
2. amalkan makan buah-buahan sebelum makan nasi
3. rendam sayur atau buah2an ke dalam air yang mengandungi garam sebelum dimakan
4. banyakkan makan makanan yang mengandungi B17 seperti pucuk ubi, ubi kayu, nenas bersama empulur, anggur bersama bijinya, epal bersama bijinya dan kacang hijau
5. banyakkan makan ulam-ulaman
6. makan ikan laut
7. makan ayam kampung dan organik
8. elakkan makan junkfood dan fastfood

Khas buat Pesakit Kanser (dalam rawatan)

Semua jenis buah-buahan dan sayur sayauran boleh dimakan KECUALI:
- tembikai
- timun
- kangkung

Makanan yang mengandungi agent anti kanser sangat DIGALAKKAN diambil setiap hari seperti:
- nenas bersama empulurnya
- anggur bersama bijinya
- epal bersama bijinya
- pucuk ubi
- ubi kayu
- kacang hijau
- durian belanda

selain itu pesakit sangat digalakkan makan buah-buahan yang membekalkan tenaga segera seperti:
- pisang
- durian
- betik

Makanan lain yang tidak dibenarkan untuk dimakan ialah:
- ikan
- ayam
- daging
- seafood
- susu dan produk tenusu
- gula dan segala makanan yang mengandungi gula
- sos
- kicap
- tauhu dan tempe
- soya
- kekacang
- telur
- semua jenis mee kecuali bihun
- semua jenis tepung kecuali tepung beras dan tepung atta
- roti canai (capati boleh)
- semua jenis roti kecuali roti wholemeal
- ajinomoto

Nasi putih dibenarkan dalam diet ini
(sumber dari FB)

nah...macamana laini....makanan yang tersenarai itu semuanya menjadi amalan kita makan hari2...kecuali daging, susu, gula, ajinomoto, soya saya sangat kurangkan dalam diet harian saya tetapi yang lain2 itu memang kerap saya makan....semoga ianya menjadi ubat.

Ramadan berlalu Sawal menjelang tiba

23 Jun 2017 bersamaan 28 Ramadan 1438h

Malam ni LAST terawih
Pagi nanti LAST sahur
Esok pula LAST puasa
Magrib esok LAST sungkai

Pagi tadi hadir Majlis bacaan Yasin dan Tazkirah Jumaat di Pejabat. Kata penceramah tadi hari ini 28 Ramadan adalah malam 29 Ramadan...in sya Allah kalau ada rezeki bertemu kita dengan Lailatul Qadr...tapi sekiranya lailatul Qadr sudah berlaku di antara malam2 21, 23, 25, 27 Ramadan maka kena tunggu lagi Ramadan tahun depan....

Untuk mendapat keberkatan di bulan Ramadan yang mulia ini tingkatkan prestasi kita dalam beribadah
1. solat fardhu jangan tinggal
2. solat sunat terawih/witir/tahajud/dhuha
3. zikir dan wirid
4. membaca Al Quran walaunpun ayat2 lazim
5. bersedekah seikhlas hati
in sya Allah kalau perkara di atas itu kita amalkan dan diberi rezeki bertemu dengan malam lailatul qadr....Alhamdulillah.......
perubahan diri kita in sya Allah akan terpamer
jiwa lebih tenang
akhlak menjadi lebih baik
ibadah (sama ada habluminallah dan habluminnas) bertambah lebat dan hebat
Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah , doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya
Mujahadahnya akan terbantu
Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin
Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan
maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan
Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah
itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar
Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk
(petikan dari buku: bicara iman untuk tenang)


Wednesday, May 31, 2017

Happy Birthday to myself...I am turning 58

Alhamdulillah....syukur ....aku masih dapat bernafas dengan baik hari ini....masih sempat menunaikan kewajipanku sebagai umat Nabi s.a.w dan sebagai hambaMu ya Allah....syukur
se awal jam 3 aku dah bangun... menunaikan kewajipanku yang rutin di bulan puasa...solat tahajud dan bersahur...seawal pagi juga aku mendapat wasap ucap selamat hari lahir dari anak kedua ku nun jauh di KL...Alhamdulillah...ingat juga anakku tarikh lahir ibunya.....terima kasih anak ku.
genap 2 tahun lagi aku akan bersara dari perkhidmatan awam....In sya Allah...bolehkah aku sampai ke usia itu? semoga saja Allah memberkati ku dengan usia yang berkat dan sempat melihat kejayaan anak2ku dan sempat melihat cucu2 ku membesar.
tarikh lahir hanyalah angka yang dicatat sebagai bukti aku telah dilahirkan di dunia oleh ibu yang sangat aku sayang...mendidik aku menjadi anak yang baik dan penyabar seperti dia....Alhamdulillah mempunyai ibu yang sangat baik dan dihormati semua keluarga dan saudara mara...sebut saja nama ibu...semua orang akan terkenang dengan kebaikan dan kelembutannya....namun aku tak dapat mendoakan kesejahteraan ibuku di sana kerana kami berlainan agama...tapi Allah itu maha pengasih dan penyayang....damailah ibu di sana.....
tak lupa juga kepada bapa yang menyebabkan aku lahir ke dunia....bapa yang sangat aku sayang...sangat bertanggungjawab terhadap isteri dan anak2....tak pernah kami kelaparan kerana bapa seorang yang sangat rajin dengan mencari rezeki halal dengan pelbagai cara....bersawah....menternak kerbau ayam....bercucuk tanam...memproses sagu.....menjual ikan....bapa juga seorang yang baik
damailah bapa di sana......
kini dalam usia yang semakin senja aku sentiasa mendoakan diriku sendiri agar aku terus tabah menghadapi dugaan yang tidak pernah lupa singgah menyapa....
tahun ini aku raikan hari lahirku di bulan Ramadan....aku raikan dengan mengerjakan ibadah puasa sebulan penuh...solat terawih/witir sepanjang ramadan....solat sunat tahajud dan dhuha berterusan...membaca Al Quran....zikir dan doa kepada yang Esa...itulah HADIAH yang lebih bermakna buatku....insan yang tidak minta dihargai oleh sesiapa.....pengorbanan ku in sya Allah menjadi pahala buatku.....sebagai bekalan nun di sana nanti....

Sunday, May 28, 2017

Ramadan Kareem....Allahu Akram.....

Alhamdulillah....sempat juga sampai ke bulan Ramadan tahun 2017 ini......tahun lalu 2016 aku lalui Ramadan sambil menjalani Radioterapi sebanyak 20 kali dan juga menerima Herceptin sebagai pencegahan ...namun puasa tetap ku jalani dengan rasa keinsafan tanpa gagal.....Alhamdulillah....
dan tahun ini in sya Allah aku mengerjakan ibadah puasa seperti tahun2 sudah ....Janji temu akan datang pada 19/6 dengan Dr Pakar dan 11/9 dengan Klinik Onco. Aku rasa semakin sihat dan cuba jalani cara hidup sihat dengan mengamalkan diet yang sihat.....aku cuba fikir dalam kepala makan nasi dengan sayur jak menu paling sedap....tak mau daging ayam udang ketam kerang tapi boleh lah makan ikan....ikan pun pilih2 juga nih....tak mau yang ada sting.......amalkan juga minum jus.....makan buah2an....walau mahal beli jak lah ......aku juga amalkan minum lemon dengan air panas dan campur madu asli sikit.......