bila usia meningkat pelbagai pengalaman pengajaran mau tak mau kita kena tempuh dengan hati yang terbuka dan redo.... mendengar serta melihat sendiri kehidupan rakan2 kita.....jauh di sudut hati terasa ada kesedihan di situ...mengimbau kembali pengalaman kehidupan yang telah aku lalui bertahun2 ....Alhamdulillah ....syukur ya Allah......masih ada sinar yang terang dan kemanisan di situ kerana Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud Ya Bari.....Allah Maha Pemurah Maha Penyayang Maha Menyintai dan Maha Mengatur Merancang dalam kehidupan aku sekeluarga...
bila usia meningkat........
kes 1 - kehidupan yang manis dan bahagia dengan suami anak2 dan cucu2...tak pernah menyangka kebahagian itu akan tercalar sedikit lantaran ujian yang mau tak mau kita kena hadapi juga dalam kehidupan di dunia....suaminya nampak sihat saja....ujian untuk keluarga mula .....suami sakit.....masuk hospital....tak sembuh....kena detect kanser....sehinggalah menghembuskan nafas terakhir.....kesedihan melanda keluarga....tapi bila kita tengok dari sudut agama.....Allah lebih sayangkan gemulah....isteri, anak2 dan keluarga kena move on.....kena sedekahkan bacaan Al Quran untuk gemulah...itu tanda sayang kita sebab pahala bacaan Al Quran itu akan sampai kepada dia dan insya Allah gemulah akan tenang dan damai di alam sana.
bila usia meningkat.....
kes 2 - kehidupan yang sentiasa berprasangka...ego....sombong.....merendahkan orang lain.....bangga dengan kehidupan yang selesa......akhirnya Allah tarik sedikit demi sedikit nikmat .....diuji sakit....diuji kesempitan duit....dan paling sedih diuji cinta suami beralih arah.....dalam berperang dengan kanser yang dihidapi suami pula sibuk bercinta dengan perempuan lain........namun Allah tetap sayang kepada hambaNya.....masih diberi kekuatan untuk terus beribadah kepada Allah....syukur....semoga kehidupan berkeluarga yang bahagia akan kembali juga nanti berkat sabar....bertawakal dan berserah diri kepada Allah.....muhasabah diri dengan membuang sifat2 tercela.....insya Allah bahagia akan jadi milik kita......
bila usia meningkat......
kes 3 - tidak sabar dengan kehidupan yang susah.....menanggung suami yang tidak bekerja dan anak2 yang masih kecil2 .....berkongsi cerita masalah dengan orang lain.....akan ada yang mengambil kesempatan....pandai mengayat dan akhirnya terjebak dengan cinta terlarang......masing2 berkeluarga dan akhirnya semua berantakan demi memenuhi kehendak hati.....Allah tetap sayang pada hambaNya....nikmat keseronokan itu ditarik balik dan kecurangan terbongkar juga.....at the end of the day....tinggallah sendirian menjaga diri sendiri.....mujur ada anak2 yang masih mengasehi....syukur.....namun kerana ingat selalu kepada Allah....insya Allah akan ada sinar menerangi kehidupan seterusnya sebelum berehat selamanya.......
Tuesday, April 2, 2019
Saturday, November 24, 2018
MENGABDI DIRI KEPADA ALLAH...ITU LEBIH BAIK.....
di penghujung usia ini...hanya terfikir untuk mengabdikan diri kepada Allah sahaja......kerana hanya Allah saja yang sayang pada kita....janganlah mengharap kasih sayang manusia kerana manusia itu sentiasa sibuk dengan urusan mereka...sibuk dengan hal2 peribadi mereka.....syukur aku tidak lah terlewat sangat untuk mengabdikan diri kepada Allah....setelah mendapat HIDAYAH IMAN dan ISLAM....aku mula belajar sikit2 dan syukur berkat kesabaran ketabahan mengurus diri sendiri dan dengan Rahmat Allah jua...dapatlah mengenali ayat2 AlQuran...walau tidak dinafikan pelbagai halangan ujian yang terpaksa aku lalui di sepanjang perjalanan dalam mencari ilmu Ilahi......
pada sisa2 umur yang masih ada ini...aku mohon dari Allah yang Maha pengasih dan penyayang akan kesihatan yang sempurna untuk terus selesa beribadah kepada Nya...dan hati yang bersih.....agar aku tenang mengadap Allah nanti di sana.....
bila kita sihat dapatlah kita menghadiri majlis2 ilmu.....membaca Al Quran.....berzikir....menziarah saudara2 kita yang sakit.....dan alangkah baiknya jika aku berkesempatan mengajar AlQuran kepada saudara2 yang baru mendapat HIDAYAH IMAN DAN ISLAM.....semoga Allah memperkenankan doaku ini....
pada sisa2 umur yang masih ada ini...aku mohon dari Allah yang Maha pengasih dan penyayang akan kesihatan yang sempurna untuk terus selesa beribadah kepada Nya...dan hati yang bersih.....agar aku tenang mengadap Allah nanti di sana.....
bila kita sihat dapatlah kita menghadiri majlis2 ilmu.....membaca Al Quran.....berzikir....menziarah saudara2 kita yang sakit.....dan alangkah baiknya jika aku berkesempatan mengajar AlQuran kepada saudara2 yang baru mendapat HIDAYAH IMAN DAN ISLAM.....semoga Allah memperkenankan doaku ini....
Wednesday, November 7, 2018
PROGRAM BERSAMA DOKTOR ANDA TAHUN 2018
rutin setiap tahun program ini dilaksana kan untuk pegawai, guru2 dan kakitangan jabatan dan sekolah.Sambil bertugas sebagai AJK pendaftaran aku mengambil kesempat di masa yang terluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan biasa...cek darah...cek gula...cek BMI....tapi gula ada tinggi sikitlah kata DR...tapi oleh kerana awal2 pagi dah sarapan jadi masih ok lagi tu katanya.....gula dalam darah 10.5......wah...Dr bagi surat untuk pemeriksaan seterusnya....cek cholesterol pula....biasalah hospital kerajaan...2 minggu baru dapat result....tunggu jak lah.....
Sunday, September 23, 2018
Kursus Umrah 220918
Alhamdulillah....sempat mengikuti kursus umrah percuma yang dianjurkan oleh Pusat Tahfiz ni...dilengkapi dengan praktikal lagi.....bagusnya...refresh lah katakan....mengingat kembali yang dah kita pelajari semasa kursus Haji tahun 2007.....
Tuesday, April 10, 2018
MAJLIS KHATAM AL-QURAN TADARUS 4 BULAN MULAI 1.12.2017-30.3.2018
Majlis Khatam Al-Quran bagi Tadarus 4 bulan diadakan di Masjid Bandaraya Likas Kota Kinabalu. Majlis Khatam Al-Quran diadakan pada 08 Aprul 2018 hari Ahad jam 9 pagi. Ternyata program tadarus ini dimonopoli oleh golongan wanita...hanya terdapat 2 orang lelaki iaitu Ustaz yang mengetuai tadarus ini dan seorang lagi kaum bapa yang mungkin berminat mengikuti program ini...
Friday, March 30, 2018
Alhamdulillah ya Rabb......Khatam Al-Quran Untuk Tahun 2018
Alhamdulillah ya Rabb....syukur dengan nikmat usia yang berkat badan yang sihat minda yang tenang masa lapang yang bermenfaat.....dengan limpah kurniaNya maka 30/3/2018 sekali lagi aku berjaya menghabiskan bacaan AlQuran 30 juzuk untuk 4 bulan (1.12.2017 - 30.3.2018) melalui program Maya whatapps Tadarus 4 bulan anjuran Kelas Bimbingan AlQuran Sabah dan Insya Allah pada 08 April 2018 ini akan bersama-sama menghadiri majlis Khatam AlQuran Tadarus 4 bulan di Masjid Bandar Raya Kota Kinabalu Sabah.
kali pertama menyertai Tadarus AlQuran melalui maya ini ialah tahun lalu 2017....tetapi oleh kerana kekangan masa kekangan keadaan yang tidak dapat dielakkan maka saya hanya berjaya menyelesaikan bacaan 30 juzuk dalam tempoh 8 bulan.
Hasrat hati ialah ingin Khatam AlQuran sekurang-kurangnya setahun sekali....Alhamdulillah 2017 dan 2018 dapat juga direalisasikan.
kali pertama menyertai Tadarus AlQuran melalui maya ini ialah tahun lalu 2017....tetapi oleh kerana kekangan masa kekangan keadaan yang tidak dapat dielakkan maka saya hanya berjaya menyelesaikan bacaan 30 juzuk dalam tempoh 8 bulan.
Hasrat hati ialah ingin Khatam AlQuran sekurang-kurangnya setahun sekali....Alhamdulillah 2017 dan 2018 dapat juga direalisasikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)