Rahmat Allah jua,,,,,itulah yang selalu bermain di minda......ingat Allah selalu...syukur masih merasa diri ini sihat dan bertenaga walaupun rehat perlu diutamakan
pengalaman menjalani rawatan sebagai pesakit kanser bersama kawan2 .....
Kawan 1: Kanser payu dara, Sudah jalani kemo sebanyak 6 pusingan. Pembedahan membuang sebelah payu dara selesai...dah keluar wad dan balik ke rumah. Suami beri makan pati ikan haruan dengan harapan luka pembedahan cepat sembuh....tapi di tepi bekas pembedahan itu tumbuh pula isi sebesar telur ayam...bila Dr periksa bukan kanser. 3 bulan kemudian tangan dia membengkak sehingga ke leher....kadang2 dia terjatuh sebab badan jadi tak seimbang........Dr syorkan jalani kemo lagi....tapi kawan ini masih boleh tersenyum bila bercerita penderitaan yang ditanggung....lepas hari itu belum lagi berkesempatan berjumpa dengannya....mungkin tarikh temujanji kami tidak sama
Kawan 2: Kanser payu dara....cerita yang sama dengan kawan1 ...dah buang sebelah payu dara pada tahun 2012. Tahun 2016 dalam menjalani rawatan susulan Dr terkesan pula ada kanser yang aktif di paru2....kini kawan ini menjalani kemo lagi....kawan ini bercerita dia tidak berpantang dalam bab2 makan....sambal belacan pun dia makan....daging makan sikit2.....tapi kawan ini pun tetap boleh tersenyum sambil ketawa2 bila bercerita....selalu jumpa sebab tarikh temujanji kami sama
Kawan3: Kanser payu dara...dah buang sebelah di hospital swasta....tapi bila untuk Herceptin terpaksa memohon dipindah ke hospital kerajaan...1 botol sederhana Herceptin kos lebih kurang 10k di swasta dan kerajaan lebih kurang RM8900 tapi kalau ada surat dari kebajikan maka percumalah semuanya....tiada keturunan kanser dalam keluarga....kini sihat dan bertenaga malah semakin anggun dan cantik pula nyonya ini...sangat menjaga makan........selalu jumpa....tarikh temujanji kami sama
Kawan4: Kanser usus....dah buat pembedahan,,,,kini jalani kemo....dia menceritakan perasaan dia masih trauma dalam menghadapi penyakit ini...dia seolah2 menjalani hukuman mati....dia sangat takut dan bersedih sebab anak2 masih bersekolah,,,,,tapi saya sempat bercerita dengan dia....perasaan itu memang ada masa mula2 dimaklumkan oleh Dr ...tapi fikirlah dengan positif bahawa kalau sudah sampai masanya tiada siapa pun dapat menghalang kematian....kematian tetap berlaku bukan si pesakit kanser sahaja.....perlu fikir positif dan berazam untuk cepat sembuh demi anak2 yang masih memerlukan....kawan ini akur dan boleh tersenyum...semoga kami masih boleh berjumpa di temujanji akan datang
Ramai lagi kawan2 yang tidak sempat bercerita panjang sekadar bertanya mereka hadapi kanser apa...ada yang kanser rahim kanser prostat kanser usus kanser paru2 kanser payu dara....tapi mereka tetap boleh tersenyum dan bercerita sambil ketawa2....ini lah agaknya yang dinamakan reda atas ketentuanNya....
Subhanallah. Kuatnya puan. Sepupu rapat saya pun baru je menjalani pembedahan buang sebelah payudara. Bolehkah puan share sikit apa yg boleh dimkn utk percepatkan proses penyembuhan luka pembedahan dan mknan yg sesuai utk pesakit kanser payudara. Bolehkah mkn pati ikan haruan? Ikan boleh mkn atau tidak? Semoga Allah kurniakan kesembuhan dan kesihatan yg baik buat puan. Amin Ya Rabb Ya Mujib
ReplyDelete