Friday, April 21, 2017

CUBA BAKAT SENDIRI MELALUI PUISI 4

ANDAI INI PENGAKHIRANKU

Ya Allah
aku reda dengan ketentuanMu
hikmah disebaliknya
kafarah dosa

Ya Allah
aku pasrah semuanya
berkati dan rahmatilah aku ya Allah
dalam menjalani hari2 terakhirku
kurniakan aku kudrat yang berterusan
untuk terus menjalankan kewajipanku ya Allah

Hanya Engkau ya Allah
tempat aku mengadu dan memohon pertolongan
matikan lah aku ya Allah dalam IMAN, ISLAM
di tempat yang baik
hari yang baik
dalam keadaan yang baik2
di kelilingi orang yang baik2
kerana aku sentiasa berusaha ya Allah
menjadi hambaMu yang baik

Terima kasih suamiku
kerana bimbingan dan didikanmu
mengharap doa dan reda darimu kepadaku
Alhamdulillah ... Allah jodohkan aku denganmu
semoga Allah beri kesihatan yang berterusan buatmu
dilindungi Allah sentiasa
salam kasih sayang buat suamiku
mohon maaf dan keampunanmu
suamiku dunia akhirat

Terima kasih anak2ku
menjadi penghiburku selama ini
bersyukur dengan kehadiran kalian
semoga diberi kesihatan dan dimurahkan rezeki
aku reda seikhlas hatiku
agar kehidupan anak2 ku dunia akhirat
mendapat reda Allah
salam kasih sayang untuk anak2ku

Terima kasih cucu2ku
kalian mewarnai kehidupanku
terhapus kesedihan
semoga cucu2ku diberi kesihatan
dilindungi dipermudah urusan dan diberkati Allah
semoga menjadi anak2 yang soleh dan solehah kepada ayah dan ibu kalian
sayang teramat sayang buat cucu2ku

Terima kasih menantu2ku
kalian menceriakan kehidupanku
maafkan aku kalau ada khilaf bicara
dan tingkah laku tak disukai
aku gembira menerima kalian dalam keluargaku
semoga diberi kesihatan dipermudahkan semua urusan
bahagia hidup disamping anak2ku
dan tanamkan kesabaran dalam diri
agar mendapat reda Allah
salam kasih sayang buat menantu2ku

EITAIZRAM
220417

Wednesday, April 19, 2017

HERCEPTIN C17 - 170417

i am hoping that this is my last herceptin...buat who am i to tell my future.

Saturday, April 8, 2017

CUBA BAKAT SENDIRI MELALUI PUISI - 3

TEMAN SEJATI

keikhlasan menerimaku apa adanya
kesediaan membimbingku
melalui engkau
Allah turunkan Hidayah Islam padaku
Alhamdulillah....syukur tak terhingga
terima kasih suamiku

sedikit demi sedikit ku pelajari
cara hidup dan budaya
namun kadang-kadang aku alpa
maafkan aku suamiku

kau menjaga aku selalu
menemani aku
menegur silapku
bersedih menerima berita sakitku
kerana engkau selalu menyatakan
kau terlalu sayangkan aku
terima kasih suamiku
dan maafkan aku suamiku
kalau aku selalu menyakiti
tingkah laku yang tidak kau sukai

namun aku selalu mohon pada Allah
disetiap doaku
agar kau diberi kesihatan
dilindungi, diberkati dan dirahmati
kerana Allah telah memilihmu
menjadi punca nya aku
menjadi seorang muslimah
terima kasih suamiku

andai kau rasa pernah menyakitiku
lantaran kekurangan dan kelemahanku
menjaga diri sendiri
seikhlasnya aku sentiasa memaafkanmu
dan reda seikhlas hatiku
semoga Allah reda padaku

di penghujung usia ini
aku sentiasa mengharap kasih sayang dan ihsanmu
kerana kaulah satu satunya harapanku
sebagai teman sejati, rakan, kekasih, suami
ayah kepada anak anak ku
atuk kepada cucu cucu ku
dalam meniti hari hari seterusnya

EITAIZRAM
040417

CUBA BAKAT SENDIRI MELALUI PUISI - 2

HIDAYAH

di sini bermulanya HidayahMu
terdetik hati melihat hala tuju peganganku
membuat perbandingan sendiri
tanpa memikirkan keluarga terutama ibu ayah yang mengasehi
dalam benak fikiran hanya nekad untuk berubah

Alhamdulillah
ada yang sudi
membimbing
mendidik
menjaga
menemani
di sini lahirlah rasa sayang
kasih mengasehi
berkongsi cerita

namun
ku akui kekurangan dan kelemahan diri
lurus bendul
memakan diri

qada dan qadar
121280 tarikh keramat buat ku
ISLAM menjadi pegangan
status suri menyusul
limpahan kasih sayang dari suami tercinta
Alhamdulillah

lahirlah si comel comel
putera putera hati belaka
310182 jam 11.26 tengah malam hari Ahad malam isnin
100383 jam 11.26 pagi hari Khamis
010285 jam 9.35 malam hari Jumaat malam Sabtu
270786 jam 1.15 pagi hari Ahad

sibuknya kehidupan membesarkan putera putera ku ini
kunun cukuplah sudah
namun Allah memberi rezeki lagi setelah enam tahun
lahirlah seorang putera lagi
pada 300892 jam empat pagi hari Ahad

Alhamdulilah Alhamdulillah Alhamdulillah
syukur ya Allah
atas kurniaanMu

Namun dugaan tetap datang melanda
di celah celah kehidupan ini
mohon padaMu ya Allah
kuatkan lah semangatku
permudahkan aku
lindungi aku
berkati dan rahmatilah kehidupanku
hingga ke Jannah
aamiin...........


EITAIZRAM
030417

CUBA BAKAT SENDIRI MELALUI PUISI - 1

SAYU

andai masa boleh diundur
andai jarum jam boleh dipusing balik
andai zaman boleh kembali semula
andai sejarah boleh diperbetulkan

namun
masa tetap berlalu tanpa menunggu
jarum jam terus berpusing tanpa henti
zaman terus berubah
sejarah tetap tinggal sejarah

yang tinggal
hanya kenangan
penyesalan
kesedihan

semoga
Allah terus beri Hidayah
maghfirah
ketenangan jiwa
ketenteraman hati
kebahagian diri

walau
diuji dengan penyakit
sebagai penghapus dosa
aku reda ya Allah
demi mencari redaMu
keberkatan dan RahmatMu ya Allah

EITAIZRAM
310317

Sunday, April 2, 2017

PINK RIBBON - 1ST APRIL 2017

first time join Pink Ribbon...itu pun kawan bagi tau dalam wasap dan call lagi ingatkan....mula2 tu segan juga sebab mostly member tu chinese dan tak kenal pulak kecuali kawan yang masukkan aku dalam wasap group BCS (breast cancer survivor)

perkongsian cerita di kalangan pesakit kanser payu dara:

Cerita 1:
mendapatkan rawatan setelah 2 tahun menghidap kanser dan apabila payu dara sudah mengeluarkan air dan bau. Payu dara tidak dapat diselamatkan. Kesan pembedahan itu tangan membengkak dari pangkal lengan hingga ke jari. Tidak mustahil bengkak itu akan menyerang kepada pesakit selepas beberapa tahun pembedahan. Untuk itu kami diajar oleh sifu supaya membuat exercise tangan minimum 30 saat.

Cerita 2:
ketumbuhan atau lump dan dinasihatkan untuk menyingkirkan lump itu sahaja. Kini setelah 3 tahun berlalu ada lagi ketumbuhan dan seolah2 telah merebak ke paru paru. Hanya airmata dan sokongan dari rakan rakan yang sewaktu dengannya.

Cerita 3:
Lump sahaja tetapi pesakit ini mohon agar dibuang terus satu payu dara dengan andaian tak mau kanser merebak lagi. Enggan berkongsi cerita dengan adik beradik keluarga rakan rakan kerana merasa selesa merahsiakan penyakit yang dihidapnya. Namun sepatutnya adik beradik dan keluarga patut dimaklumkan agar mereka juga boleh bersedia dan mengambil langkah langkah penjagaan kesihatan kerana penyakit ini boleh juga dikaitkan dengan hubungan kekeluargaan atau keturunan
tidak perlu malu dan merasa rendah diri kerana penyakit ini sebab apa juga yang terjadi itu pasti ada hikmah disebaliknya ....Allah saja yang maha mengetahui.

Cerita 4:
Payu dara telah dibuang dan masih menjalani kemoterapi.kesan kesan rambut gugur dan kurang selera makan. namun pesakit ini nampak sihat walau sedikit khayal mungkin kesan kemo.

Cerita 5:
Lump sahaja tetapi mohon dibuang payu dara dengan andaian supaya kanser itu tidak merebak. Sangat berjaga tentang makanan dan kesihatan namun kanser tak mengenal siapa. Kini terus menjaga pemakanan yang sihat. Pesakit ini kini sihat dan bertenaga menjalani hari hari seterusnya.

Tips dari pengalaman:

1. lakukan riadah atau bersenam

2. amalkan cara hidup sihat dengan menu sihat

3. elakkan memakai gelang atau tangkai jam yang ketat

4. elakkan dari mengangkat barangan atau beban lebih dari 5kg

5, elakkan stres (kerana punca utama sel kanser menjadi aktif apabila stres melanda)

6. sokongan keluarga terutama suami dan anak anak

7. bagi yang telah dibuang payu dara kenalah memakai payu dara palsu (bukan kerana kecantikan tetapi kerana kesihatan) . Jika sebelah payu dara telah dibuang bahu akan senget, jika kedua duanya telah dibuang badan akan membongkok. Untuk itu pemakaian payu dara palsu itu perlu untuk keseimbangan tubuh badan kita. Nampak kan .....Allah telah mencipta sesuatu itu dengan keperluan dan kegunaanya kepada kita.