Saturday, April 8, 2017

CUBA BAKAT SENDIRI MELALUI PUISI - 3

TEMAN SEJATI

keikhlasan menerimaku apa adanya
kesediaan membimbingku
melalui engkau
Allah turunkan Hidayah Islam padaku
Alhamdulillah....syukur tak terhingga
terima kasih suamiku

sedikit demi sedikit ku pelajari
cara hidup dan budaya
namun kadang-kadang aku alpa
maafkan aku suamiku

kau menjaga aku selalu
menemani aku
menegur silapku
bersedih menerima berita sakitku
kerana engkau selalu menyatakan
kau terlalu sayangkan aku
terima kasih suamiku
dan maafkan aku suamiku
kalau aku selalu menyakiti
tingkah laku yang tidak kau sukai

namun aku selalu mohon pada Allah
disetiap doaku
agar kau diberi kesihatan
dilindungi, diberkati dan dirahmati
kerana Allah telah memilihmu
menjadi punca nya aku
menjadi seorang muslimah
terima kasih suamiku

andai kau rasa pernah menyakitiku
lantaran kekurangan dan kelemahanku
menjaga diri sendiri
seikhlasnya aku sentiasa memaafkanmu
dan reda seikhlas hatiku
semoga Allah reda padaku

di penghujung usia ini
aku sentiasa mengharap kasih sayang dan ihsanmu
kerana kaulah satu satunya harapanku
sebagai teman sejati, rakan, kekasih, suami
ayah kepada anak anak ku
atuk kepada cucu cucu ku
dalam meniti hari hari seterusnya

EITAIZRAM
040417

No comments:

Post a Comment