23 Jun 2017 bersamaan 28 Ramadan 1438h
Malam ni LAST terawih
Pagi nanti LAST sahur
Esok pula LAST puasa
Magrib esok LAST sungkai
Pagi tadi hadir Majlis bacaan Yasin dan Tazkirah Jumaat di Pejabat. Kata penceramah tadi hari ini 28 Ramadan adalah malam 29 Ramadan...in sya Allah kalau ada rezeki bertemu kita dengan Lailatul Qadr...tapi sekiranya lailatul Qadr sudah berlaku di antara malam2 21, 23, 25, 27 Ramadan maka kena tunggu lagi Ramadan tahun depan....
Untuk mendapat keberkatan di bulan Ramadan yang mulia ini tingkatkan prestasi kita dalam beribadah
1. solat fardhu jangan tinggal
2. solat sunat terawih/witir/tahajud/dhuha
3. zikir dan wirid
4. membaca Al Quran walaunpun ayat2 lazim
5. bersedekah seikhlas hati
in sya Allah kalau perkara di atas itu kita amalkan dan diberi rezeki bertemu dengan malam lailatul qadr....Alhamdulillah.......
perubahan diri kita in sya Allah akan terpamer
jiwa lebih tenang
akhlak menjadi lebih baik
ibadah (sama ada habluminallah dan habluminnas) bertambah lebat dan hebat
Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah , doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya
Mujahadahnya akan terbantu
Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin
Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan
maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan
Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah
itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar
Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk
(petikan dari buku: bicara iman untuk tenang)
No comments:
Post a Comment