Saturday, November 24, 2018

MENGABDI DIRI KEPADA ALLAH...ITU LEBIH BAIK.....

di penghujung usia ini...hanya terfikir untuk mengabdikan diri kepada Allah sahaja......kerana hanya Allah saja yang sayang pada kita....janganlah mengharap kasih sayang manusia kerana manusia itu sentiasa sibuk dengan urusan mereka...sibuk dengan hal2 peribadi mereka.....syukur aku tidak lah terlewat sangat untuk mengabdikan diri kepada Allah....setelah mendapat HIDAYAH IMAN dan ISLAM....aku mula belajar sikit2 dan syukur berkat kesabaran ketabahan mengurus diri sendiri dan dengan Rahmat Allah jua...dapatlah mengenali ayat2 AlQuran...walau tidak dinafikan pelbagai halangan ujian yang terpaksa aku lalui di sepanjang perjalanan dalam mencari ilmu Ilahi......
pada sisa2 umur yang masih ada ini...aku mohon dari Allah yang Maha pengasih dan penyayang akan kesihatan yang sempurna untuk terus selesa beribadah kepada Nya...dan hati yang bersih.....agar aku tenang mengadap Allah nanti di sana.....
bila kita sihat dapatlah kita menghadiri majlis2 ilmu.....membaca Al Quran.....berzikir....menziarah saudara2 kita yang sakit.....dan alangkah baiknya jika aku berkesempatan mengajar AlQuran kepada saudara2 yang baru mendapat HIDAYAH IMAN DAN ISLAM.....semoga Allah memperkenankan doaku ini....

Wednesday, November 7, 2018

PROGRAM BERSAMA DOKTOR ANDA TAHUN 2018

rutin setiap tahun program ini dilaksana kan untuk pegawai, guru2 dan kakitangan jabatan dan sekolah.Sambil bertugas sebagai AJK pendaftaran aku mengambil kesempat di masa yang terluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan biasa...cek darah...cek gula...cek BMI....tapi gula ada tinggi sikitlah kata DR...tapi oleh kerana awal2 pagi dah sarapan jadi masih ok lagi tu katanya.....gula dalam darah 10.5......wah...Dr bagi surat untuk pemeriksaan seterusnya....cek cholesterol pula....biasalah hospital kerajaan...2 minggu baru dapat result....tunggu jak lah.....

Sunday, September 23, 2018

Kursus Umrah 220918

Alhamdulillah....sempat mengikuti kursus umrah percuma yang dianjurkan oleh Pusat Tahfiz ni...dilengkapi dengan praktikal lagi.....bagusnya...refresh lah katakan....mengingat kembali yang dah kita pelajari semasa kursus Haji tahun 2007.....

Tuesday, April 10, 2018

Keputusan memografi dan pemeriksaan tulang memberangsangkan......Alhamdulillah

MAJLIS KHATAM AL-QURAN TADARUS 4 BULAN MULAI 1.12.2017-30.3.2018

Majlis Khatam Al-Quran bagi Tadarus 4 bulan diadakan di Masjid Bandaraya Likas Kota Kinabalu. Majlis Khatam Al-Quran diadakan pada 08 Aprul 2018 hari Ahad jam 9 pagi. Ternyata program tadarus ini dimonopoli oleh golongan wanita...hanya terdapat 2 orang lelaki iaitu Ustaz yang mengetuai tadarus ini dan seorang lagi kaum bapa yang mungkin berminat mengikuti program ini...

Friday, March 30, 2018

Alhamdulillah ya Rabb......Khatam Al-Quran Untuk Tahun 2018

Alhamdulillah ya Rabb....syukur dengan nikmat usia yang berkat badan yang sihat minda yang tenang masa lapang yang bermenfaat.....dengan limpah kurniaNya maka 30/3/2018 sekali lagi aku berjaya menghabiskan bacaan AlQuran 30 juzuk untuk 4 bulan (1.12.2017 - 30.3.2018) melalui program Maya whatapps Tadarus 4 bulan anjuran Kelas Bimbingan AlQuran Sabah dan Insya Allah pada 08 April 2018 ini akan bersama-sama menghadiri majlis Khatam AlQuran Tadarus 4 bulan di Masjid Bandar Raya Kota Kinabalu Sabah.
kali pertama menyertai Tadarus AlQuran melalui maya ini ialah tahun lalu 2017....tetapi oleh kerana kekangan masa kekangan keadaan yang tidak dapat dielakkan maka saya hanya berjaya menyelesaikan bacaan 30 juzuk dalam tempoh 8 bulan.
Hasrat hati ialah ingin Khatam AlQuran sekurang-kurangnya setahun sekali....Alhamdulillah 2017 dan 2018 dapat juga direalisasikan.

Friday, March 23, 2018

ULTRASOUND 210318

ultrasound yang terakhir buat pada Mac 2016....Dr kata tak nampak apa2 pula....macam clear jak....lega lah sikit hati kunun....setelah dua tahun berlalu buat lagi ultrasound...lain pula yang nampak ni....kata Dr ada pula batu dalam kantung hempedu.....alahai....dalam masa 2 tahun batu boleh bertapak dalam hempedu pula.....apa yang aku makan ni? sampai gitu sekali.....patutlah beberapa bulan yang lalu aku alami sakit perut, muntah2, demam panas.....itu rupanya symptonnya tu.....hai hai hai....macamana ya...kalau boleh aku tak mahu kena bedah....tak larat kena bius....habis pelupa lambat pick up.....

google lagi...nak cari penawar kihkihkih.....

Penyakit batu karang hempedu adalah masalah yang sering dihadapi penduduk Malaysia. Ia dikaitkan dengan peningkatan pengambilan makanan berlemak. Perkhidmatan radiologi yang semakin maju membolehkan lebih ramai pesakit didiagnosa dengan penyakit ini. Penyakit ini agak unik kerana ia melibatkan 3 organ badan iaitu hati, pundi hempedu dan pankreas. Tanda dan gejala klinikal penyakit ini adalah  berbeza-beza bergantung samada aliran hempedu terhalang. Pembedahan laparoskopi dapat memulihkan pesakit dengan lebih cepat dan membolehkan pesakit malakukan aktiviti seharian.


Apa itu pundi hempedu dan fungsinya?
Pundi hempedu adalah organ yang terletak di bawah hati. Ia berfungsi sebagai tempat untuk menyimpan hempedu yang dihasilkan oleh hati. Hempedu penting untuk penyerapan dan pencernaan lemak. Apabila makanan yang sedang dicerna melalui bahagian atas usus kecil (duodenum), hormon yang dipanggil Cholecystokinin dilepaskan bagi merangsang pembebasan hempedu.
Hempedu mengandungi air, kolesterol, lemak, garam hempedu, protein dan bilirubin. Bilirubin merupakan satu produk akhir sel darah merah. Kolesterol, garam hempedu dan bilirubin adalah tiga komponen utama yang menentukan pembentukan batu karang hempedu.
Apakah batu karang hempedu?
Batu karang hempedu adalah formasi seperti batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu dan ditemui dalam pelbagai bentuk, warna dan ketekalan. Ia terbentuk apabila salah satu daripada tiga komponen utama dalam hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) wujud secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan cecair. Lama-kelamaan batu karang hempedu ini menjadi bertambah besar atau semakin banyak. Batu karang hempedu boleh terperangkap sepanjang duktus sistk atau duktus hempedu sesama apabila ia keluar dari pundi hempedu. Batu karang hempedu juga boleh terbentuk di hati, duktus hepatik atau duktus hempedu. Batu karang hempedu dikelaskan berdasarkan komponen kimia dalam batu kolesterol, batu pigmen dan batu bercampur. Majoriti batu karang hempedu adalah batu bercampur.
Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan batu karang hempedu iaitu:
1.     Jantina. Wanita berisiko dua kali ganda daripada lelaki. Ini adalah disebabkan oleh jumlah hormon estrogen yang berlebihan dalam kalangan wanita. Keadaan tertentu seperti kehamilan, terapi penggantian hormon dan pil perancang keluarga mendedahkan mereka kepada estrogen yang berlebihan. Estrogen yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam hempedu, seterusnya mengganggu keseimbangan cecair hempedu. Estrogen yang berlebihan juga mengurangkan pengecutan pundi hempedu menyebabkan stasis hempedu dan pembentukan batu karang hempedu.
2.     Berat badan. Obesiti merupakan satu lagi faktor risiko kerana paras kolesterol yang tinggi dalam darah.
3.     Diet.  Pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol merupakan satu lagi faktor risiko.
4.     Umur. Individu berumur 60 tahun dan ke atas mempunyai insiden batu karang hempedu yang lebih tinggi.
5.     Diabetes. Penghidap Diabetes mempunyai jumlah asid lemak yang lebih tinggi iaitu trigliserida dan kolesterol darah.
6.     Ubat kolesterol. Ubat yang mengurangkan tahap kolesterol dalam darah juga meningkatkan jumlah kolesterol yang dirembeskan ke dalam hempedu.
Anemia hemolitik. Sel darah merah dimusnahkan kerana masalah tertentu. Heme, komponen sel darah merah yang dimetabolismekan ke bilirubin.
Tanda dan gejala
Kebanyakan batu karang hempedu tidak menyebabkan tidak menunjukkan tanda atau gejala. Ia dikesan semasa pemeriksaan rutin dijalankan. Sebahagian kecil batu karang hempedu boleh menyebabkan gejala seperti rasa sakit yang berpanjangan selama beberapa minit di bahagian kanan atas abdomen. Rasa sakit ini disebut ‘gallstone colic’. Gejala ini biasanya disertai dengan loya dan muntah.
Ia berkurang dengan sendirinya tetapi boleh berlaku semula sekali-sekala. Keradangan pundi hempedu atau jangkitan hempedu statik dipanggil cholecystitis akut dan ia boleh menyebabkan demam.
Batu karang hempedu yang menghalang aliran hempedu dari hati ke duodenum boleh menyebabkan hati dipenuhi dengan hempedu yang berlebihan. Hempedu yang berlebihan akan melimpah ke peredaran sistemik lalu menyebabkan jaundis atau mata, kulit dan membran mukus menjadi kekuningan.Bagi kes yang teruk pemendapan bilirubin yang berlebihan dalam kulit menyebabkan gatal. Gejala lain termasuklah sakit perut, loya dan muntah. Jangkitan hempedu statik mempunyai gejala lain seperti demam dan disebut sebagai Ascending Cholangitis. Jika tidak dirawat, boleh membawa maut.
Batu karang hempedu di bahagian hujung duktus hempedu sesame akan menghalang aliran enzim pankreas dari pankreas kerana duktus hempedu sesame dan duktus pankreas berkongsi laluan ke dalam duodenum yang dipanggil ‘Ampulla of Vater’. Aliran enzim pankreas yang tersekat boleh menyebabkan radang pankreas, atau Pankreatitis Akut. Ia menyebabkan sakit teruk di tengah bahagian atas abdomen hingga ke belakang.
Diagnosa
Jika individu mengalami gejala yang disebutkan di atas, penyakit ini disahkan dengan menggunakan kaedah berikut:
1.     Ujian darah. Penyiasatan ini penting untuk menentukan status penyakit. Penyiasatan darah tertentu seperti bilangan sel, ujian fungsi hati dan serum amilase penting untuk mengesahkan jangkitan, halangan dan pankreatitis.
2.     X-Ray Perut. Sepuluh peratus batu hempedu adalah radiolegap, iaitu boleh dilihat di sinaran x. Ditemui secara kebetulan semasa menjalankan ujian untuk tujuan lain. Sinaran x bukan alat utama untuk mendiagnosa penyakit ini.
3.     Ultrabunyi. Merupakan teknik pengimejan yang mudah, cepat dan tidak berbahaya yang biasa digunakan untuk mendiagnosis penyakit batu karang hempedu. Ia juga boleh menentukan jika terdapat halangan pada aliran hempedu. Walau bagaimanapun, batu karang hempedu sukar dikesan terutamanya jika saluran diseliputi oleh udara dalam usus.
4.     Imbasan tomografi berkomputer atau CT scan.  Merupakan satu teknik pengimejan yang tidak berbahaya menggunakan sinaran x untuk menghasilkan keratan rentas imej badan. CT scan membantu mengesahkan keputusan ultrabunyi terutama dalam menilai duktus hempedu sesama yang terhalang.
5.     Endoskopi songsang cholangio-pancreatography atau ERCP. Ini adalah satu prosedur endoskopik dengan penggunaan tambahan fluoroscopy atau media kontras disuntik melalui duktus hempedu dan imej adalah digambarkan oleh X-Ray. Peranannya sebagai alat diagnostik telah berkurangan dengan adanya bukan invasif teknik pengimejan. Usa semasa ERCP adalah terutamanya terapeutik untuk membuang batu di duktus hempedu.


Rawatan
Rawatan batu karang hempedu bergantung kepada gejala dan lokasi. Kebanyakan batu karang hempedu yang asimptomatik tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, pembedahan diperlukan bagi keadaan tertentu. Sila berbincang dengan pakar jika anda mengalami keadaan seperti ini.
Pesakit dengan batu karang hempedu simptomatik perlu dimasukkan ke wad, diberikan ubat pelalian, ubat pencegah kejang dan antibiotik sekiranya terdapat tanda jangkitan.
Apabila gejala semakin reda, pesakit dinasihatkan untuk menjalani cholecystectom iaitu prosedur membuang pundi hempedu. Ia dilakukan secara terancang. Pembedahan ini dilakukan menggunakan pendekatan laparoskopi atau pembedahan lubang kunci. Kamera dan instrumen pembedahan dimasukkan ke dalam rongga abdomen melalui 3 atau 4 hirisan kecil di perut selebar 0.5 cm hingga 1.0 cm. Pembedahan laparoskopi mengurangkan kesakitan dan pesakit pulih dengan cepat serta kembali melakukan aktiviti seharian. Kadang-kala cholecystectomy dilakukan menggunakan kaedah konvensional terbuka terutama semasa kecemasan atau apabila pakar bedah menghadapi kesukaran semasa melakukan pembedahan laparoskopi.
Rawatan menggunakan kaedah tanpa pembedahan juga boleh digunakan untuk merawat penyakit batu karang hempedu. Penggunaan ubat atau terapi oral mempunyai peranan terhad kerana kurang berkesan dan kejadian berulang yang tinggi. Ia hanya digunakan dalam situasi apabila pesakit mempunyai risiko tinggi untuk menjalani pembedahan atau anestetik.

Naa....mungkin kah dulu2 aku mengamalkan pil perancang?......malas nak fikir.....




Sunday, February 4, 2018

Alhamdulillah......berpeluang ke taman2 syurga....

Alhamdulillah....ya Allah...syukur...berkat doa dan sabar....dapat juga aku ke kelas agama akhirnya setelah berbulan bulan lamanya memendam rasa......Allah memakbulkan doa hamba yang kerdil.....
Hari ini kelas Aqidah...sebelum meneruskan pelajaran seperti biasa ustaz membimbing kami dengan doa Akasyah dan doa pelindung Rihul Ahmar dan berbagai penyakit......Alhamdulillah....seronoknya...Allah tetap memberi hambaNya kesempatan peluang untuk bersama-sama membaca doa Akasyah dan doa pelindung Rihul Ahmar....syukur ya Allah.....
tenangnya jiwa...tenteramnya hati.....cerianya suasana......confidentnya diri.....setelah selesai membaca doa Akasyah bersama ustaz.....
Petang tadi selepas solat zohor berkesempatan lagi membaca doa Akasyah sendiri walaupun masih tersasul2.....syukur....keinginan hati berkobar2 untuk membaca doa Akasyah sendiri....seronoknya...semoga Allah terus beri HIDAYAH dan terus membaca doa Akasyah selagi hayat dikandung badan.....

Thursday, January 25, 2018

Doa Akasyah (ku simpan di sini untuk mudah ku cari bila terasa nak baca.......)

DO’A AKASAH DAN TERJEMAHANNYA
DO’A AKASAH
TERJEMAH DO’A AKASAH
Dengan Asma’ Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih.Ya Allah, tetapkanlah shalawat dan salam atas junjungan kami Nabi Muhammad, Keluarga dan shahabat-shahabat beliau.
Dengan Asma’ Allah yang menyinari sinar diatas sinar, Segala puji bagi Allah Pencipta nur dan menurunkan kitab Taurat diatas gunung Thurdi dalam kitab yang tertulis, Segala Puji bagi Allah Yang Disebut kaya dengan kemulyaan dan keagungan yang dikenal dan atas senang dan susah yang disyukuri dan segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi dan menjadikan gelap dan terang, kemudian orang-orang kafir kepada Tuhannya dan berpaling.
Kaf Ha Ya ‘Ain Shaad, Ha Mim ‘Ain Sin Qaf, hanya kepada-Mu lah kami menyembah dan memohon pertolongan, hai Dzat Yang Hidup Tegak Kokoh, Allah Yang sangat belas kasihan kepada hamba-Nya memberi rizki kepada siapa saja yang dia kehendaki, Dia sangat kuat dan mulia, hai Dzat Yang mencukupi segala sesuatu, cukupilah aku dan palingkanlah dariku segala sesuatu dengan kekuasaanMu yang baik, bahwasanya Engkau berkuasa atas segala-galanya.
Ya Allah, Dzat Yang banyak pemberiannya dan Yang selalu bertemu, Yang bagus perbuatannya, Pemberi rizki hamba-hambaNya pada setiap keadaan, hai Dzat Pencipta pertama kali dengan tidak melalui contoh, hai Dzat yang langgeng, yang tidak akan binasa, selamatkanlah kami dari kufur dan tersesat dengan : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.
Ya Allah, seandainya kufur/rasa bimbang dan ragu masuk dalam keimananku kepada Engkau sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.
Ya Allah, seandainya kufur masuk kedalam keislamanku kepada Engkau sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.
Ya Allah, seandainya rasa bimbang dan ragu masuk ke dalam ketauhidanku terhadap Engkau, sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.
Ya Allah, seandainya rasa sombong, takabur,riya’ dan sum’ah / menonjolkan diri dan kekurangan di dalam amal perbuatanku bagi Engkau masuk ke dalam hatiku sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.
Ya Allah, seandainya sifat dusta, pengumpat, mengadu domba dan pembohong berjalan pada mulutku sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.
Ya Allah, seandainya di dalam hatiku terlintas rasa was-was sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.
Ya Allah, seandainya rasa penyerupaan dan lalai masuk ke dalam ma’rifatku kepada Engkau sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.
Ya Allah, seandainya rasa nifak, dosa-dosa besar dan kecil masuk ke dalam hatiku maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.
Ya Allah, seandainya sifat riya’ masuk ke dalam amal perbuatanku dan perkataanku sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.
Ya Allah, kejahatan-kejahatan yang telah aku perbuat sedang aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.
Ya Allah, kebaikan-kebaikan yang Engkau kehendaki bagiku, lalu aku tidak dapat mensyukuri sedang aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.
Ya Allah, hal-hal yang telah Engkau takdirkan kepadaku, lalu aku tidak bergembira atau tidak menerimakannya sedang aku tidak tahu atau tahu, maka bertaubatlah aku dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.
Ya Allah, kenikmatan-kenikmatan yang telah Engkau berikan kepadaku, lalu aku salah gunakan, durhaka kepadamu sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.
Ya Allah, kenikmatan-kenikmatan yang telah Engkau kuasakan kepadaku, lalu aku tidak bersyukur kepada Engkau sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.
Ya Allah, kebaikan-kebaikan yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan aku tidak memujiMu, sedang aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.
Ya Allah, berfikir dalam kekuasaanMu yang Engkau ciptakan terhadapku, lalu aku menutup mata, sedang aku mengetahui atau tidak, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.
Ya Allah, perbuatan-perbuatan yang aku lakukan sepanjang umurku, lalu Engkau tidak ridha, sedang aku mengerti atau tidak, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.
Ya Allah, amal perbuatanku yang Engkau perpendek di dalam mengharap-harap rahmatMu, sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.
Ya Allah, jika aku bergantung kepada selain Engkau di dalam menghadapi kepayahan-kepayahan, sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.
Ya Allah, jika aku memohon pertolongan kepada selain Engkau, dalam kecelakaan dan bahaya, sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.
Ya Allah, urusan-urusanku yang telah Engkau baguskan dengan anugerah Engkau dan pandanganku salah, sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.
Ya Allah, jika aku tegelincir menyimpang dari jalan lurus (shirat), karena memohon kepada selain Engkau, sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.
Ya Allah, Yang Hidup tegak kokoh, Yang memiliki rahmat dan banyak anugerahNya, banyak memberi dan Pemilik kerajaan, Tidak ada Tuhan yang lain kecuali Engkau, maha suci Engkau, bahwasanya aku menganiaya diri sendiri, (firman Allah) :
“Lalu Kami kabulkan dan Kami selamatkan dia dari kesusahan, demikianlah Kami menyelamatkan orang-orang beriman”
Zakariya ketika menyeru tuhannya, ya Tuhanku:
“Janganlah Engkau tinggalkan aku sendiri, Engkaulah waris yang paling baik”.
Ya Allah, dengan hak La ila ha illallah dan kemuliaannya, hak kursi dan keluasannya, hak ‘Arsy dan keagungannya, hak kalam dan berjalannya, hak Lauh Mahfudh dan penjaga-penjaganya, hak Timbangan (Mizan) dan dua matanya, hak Shirat dan kelembutannya, dengan hak Jibril dan kejujurannya, hak Mikail dan belas kasihnya, hak Israfil dan terompetnya, hak Izrail dan terpilihnya, hak Ridlwan dan surganya, hak Malik dan nerakanya, hak Adam dan terpilihnya, hak Ibrahim dan terpilihnya sebagai khalilullah, hak Ishak dan keagamaannya, hak Isma’il dan disembelihnya, hak Ya’kub dan kedukaannya, hak Yusuf dan terasingnya, hak Musa dan ayat-ayatnya, hak Harun dan kehormatannya, hak Hud dan kewibawaannya, hak Shaleh dan untanya, hak Luth dan pemikirannya, hak Yunus dan ajakannya, hak Danial dan kerahmatnya, hak Zakariya dan kesuciannya, hak Isa dan kejiwaannya dan dengan hak Muhammad yang terpilih menjadi kekasihNya dan dengan syafa’at ‘Udhmanya SAW.
Ya Allah, Yang Hidup, tidak ada Tuhan yang lain kecuali Engkau, Maha Suci Engkau, bahwasanya aku termasuk orang-orang yang menganiaya diri, (Firman Allah); Lalu kami mengabulkannya dan menyelamatkannya dari kesusahan, demikianlah Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman. Tidak ada Tuhan yang lain kecuali Allah, kepadaNya aku bertawakkal, Dia pengurus ‘Arsy yang Agung. Allah-lah yang mencukupi aku, sebaik-baik Pelindung, Pengurus dan Penolong. Tidak ada daya kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Agung.
Ya Tuhan kami, berilah kebaikan kepada kami di dunia dan akherat, serta peliharalah kami dari siksa api neraka. Shalawat Allah tetapkanlah kepada sebaik-baik makhlukNya, cahaya ‘ArsyNya yaitu junjungan kami , Nabi dan pemberi syafaat bagi kami Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat beliau semua dengan rahmatMu hai Dzat Yang paling belas kasihan. Amin (Semoga Allah mengabulkan permohona kami ini, hai Dzat yang mengurus alam semesta).
Fadhilat Dan Khasiat Doa Akasyah:
1. Dapat menghafal Al-Quran
Doa ini dibaca dengan ikhlas kepada Allah SWT sebelum membaca Al-Quran
2. Dimudahkan rezeki
Sesiapa yang membaca doa ini sekurang2nya seumur hidup sekali Allah SWT memerintahkan 70 ribu malaikat dari langit membawa kebajikan serta dimudahkan rezeki dan peroleh rahmat
3. Memperoleh kekuatan luar biasa
in shaAllah memperolehi kekuatan dan keberanian
4. Diampuni Allah SWT segala dosa
baca doa ini dengan ikhlas hati kerana Allah SWT in sha Allah diampunkan dosa dan dihapuskan segala dosa
5. Mendapat ganjaran pahala
baca doa ini akan memperolehi pahala yang berlimpah-limpah
6. Ditinggikan darjat
baca doa ini Allah SWT akan mengangkat darjat nya di dunia dan akhirat
7. Mimpi berjumpa Nabi
sesiapa ini ingin berjumpa Nabi dalam mimpi...mandilah sebersih2nya pada malam jumaat dengan memakai wangi-wangian kemudian solat sunat 2 rakaat dan baca doa ini 5 x dengan penuh ikhlas
8. Diiringi malaikat
sesiapa membaca doa ini jika meninggal dunia maka sentiasa mendapat anugerah daripada Allah SWT, 70 ribu malaikat akan mengiringi jenazahnya
9. Wajah berseri di hari kiamat
sesiapa yang membaca doa ini pada hari kiamat nanti wajahnya akan seperti bulan pernama 14 dan masuk syurga tanpa kira2.

Lain-Lain Khasiat dan kelebihan Doa Akasyah:
1. Solat sunat 2 rakaat, baca Al-Fatihah, Surah Al Ikhlas 3 x, lepas salam baca doa akasyah in sha Allah anak yang lama tidak balik ke rumah akan teringat nak balik cepat.
2. Bacalah doa ini untuk tidak kekurangan rezeki
3. Bacalah doa ini untuk cepat mampu membayar hutang
4. Jika selalu membaca doa ini Allah SWT akan lindungi kita dari bahaya kebakaran
5. Jika bermusafir bacalah doa ini in sha Allah terhindar dari marabahaya
6. Bacalah doa ini untuk orang yang digoda syaitan atau sakit panas in sha Allah lekas sembuh
7. Jika amalkan doa ini setiap hari dan malam dengan IKHLAS maka kita tidak akan sakit kecuali sakit yang menyebabkan kita meninggal dunia

Kafiat untuk mula mengamalkan Doa Akasyah

1. Mulakan amalan padahari Ahad selepas solat zohor
2. Bersih tubuh badan dari segala hadas
3. Memakai wangi-wangian serta bersih pakaian dan tempat melakukan amalan ini. sunyi dan bebas dari gangguan
4. Lakukan solat sunat 2 rakaat dan terus sujud syukur sesudah memberi salam
5. Mohon Rahmat Allah SWT dari bacaan Al-Fatihah 1x dan Al-ikhlas 3x disampaikan kepada Baginda Rasullullah SAW dan diri kita semua
6. DUduk diam terhadap Allah, Jangan bergerak-gerak, pusing kiri atau kanan atau bercakap-cakap.
7. Selawat 41 x
8. Tawakkal 11 x
9. Al-Fatehah 3 x
10. Ayat Kursi 7 x
11. Baca Doa Akasyah