Alhamdulillah ya Rabb....syukur dengan nikmat usia yang berkat badan yang sihat minda yang tenang masa lapang yang bermenfaat.....dengan limpah kurniaNya maka 30/3/2018 sekali lagi aku berjaya menghabiskan bacaan AlQuran 30 juzuk untuk 4 bulan (1.12.2017 - 30.3.2018) melalui program Maya whatapps Tadarus 4 bulan anjuran Kelas Bimbingan AlQuran Sabah dan Insya Allah pada 08 April 2018 ini akan bersama-sama menghadiri majlis Khatam AlQuran Tadarus 4 bulan di Masjid Bandar Raya Kota Kinabalu Sabah.
kali pertama menyertai Tadarus AlQuran melalui maya ini ialah tahun lalu 2017....tetapi oleh kerana kekangan masa kekangan keadaan yang tidak dapat dielakkan maka saya hanya berjaya menyelesaikan bacaan 30 juzuk dalam tempoh 8 bulan.
Hasrat hati ialah ingin Khatam AlQuran sekurang-kurangnya setahun sekali....Alhamdulillah 2017 dan 2018 dapat juga direalisasikan.
No comments:
Post a Comment