Alhamdulillah ya Rabb....syukur dengan nikmat usia yang berkat badan yang sihat minda yang tenang masa lapang yang bermenfaat.....dengan limpah kurniaNya maka 30/3/2018 sekali lagi aku berjaya menghabiskan bacaan AlQuran 30 juzuk untuk 4 bulan (1.12.2017 - 30.3.2018) melalui program Maya whatapps Tadarus 4 bulan anjuran Kelas Bimbingan AlQuran Sabah dan Insya Allah pada 08 April 2018 ini akan bersama-sama menghadiri majlis Khatam AlQuran Tadarus 4 bulan di Masjid Bandar Raya Kota Kinabalu Sabah.
kali pertama menyertai Tadarus AlQuran melalui maya ini ialah tahun lalu 2017....tetapi oleh kerana kekangan masa kekangan keadaan yang tidak dapat dielakkan maka saya hanya berjaya menyelesaikan bacaan 30 juzuk dalam tempoh 8 bulan.
Hasrat hati ialah ingin Khatam AlQuran sekurang-kurangnya setahun sekali....Alhamdulillah 2017 dan 2018 dapat juga direalisasikan.
Friday, March 30, 2018
Friday, March 23, 2018
ULTRASOUND 210318
ultrasound yang terakhir buat pada Mac 2016....Dr kata tak nampak apa2 pula....macam clear jak....lega lah sikit hati kunun....setelah dua tahun berlalu buat lagi ultrasound...lain pula yang nampak ni....kata Dr ada pula batu dalam kantung hempedu.....alahai....dalam masa 2 tahun batu boleh bertapak dalam hempedu pula.....apa yang aku makan ni? sampai gitu sekali.....patutlah beberapa bulan yang lalu aku alami sakit perut, muntah2, demam panas.....itu rupanya symptonnya tu.....hai hai hai....macamana ya...kalau boleh aku tak mahu kena bedah....tak larat kena bius....habis pelupa lambat pick up.....
google lagi...nak cari penawar kihkihkih.....
Penyakit batu karang hempedu adalah masalah yang sering dihadapi penduduk Malaysia. Ia dikaitkan dengan peningkatan pengambilan makanan berlemak. Perkhidmatan radiologi yang semakin maju membolehkan lebih ramai pesakit didiagnosa dengan penyakit ini. Penyakit ini agak unik kerana ia melibatkan 3 organ badan iaitu hati, pundi hempedu dan pankreas. Tanda dan gejala klinikal penyakit ini adalah berbeza-beza bergantung samada aliran hempedu terhalang. Pembedahan laparoskopi dapat memulihkan pesakit dengan lebih cepat dan membolehkan pesakit malakukan aktiviti seharian.
google lagi...nak cari penawar kihkihkih.....
Penyakit batu karang hempedu adalah masalah yang sering dihadapi penduduk Malaysia. Ia dikaitkan dengan peningkatan pengambilan makanan berlemak. Perkhidmatan radiologi yang semakin maju membolehkan lebih ramai pesakit didiagnosa dengan penyakit ini. Penyakit ini agak unik kerana ia melibatkan 3 organ badan iaitu hati, pundi hempedu dan pankreas. Tanda dan gejala klinikal penyakit ini adalah berbeza-beza bergantung samada aliran hempedu terhalang. Pembedahan laparoskopi dapat memulihkan pesakit dengan lebih cepat dan membolehkan pesakit malakukan aktiviti seharian.
Apa itu pundi hempedu
dan fungsinya?
Pundi hempedu adalah
organ yang terletak di bawah hati. Ia berfungsi sebagai tempat untuk menyimpan
hempedu yang dihasilkan oleh hati. Hempedu penting untuk penyerapan dan
pencernaan lemak. Apabila makanan yang sedang dicerna melalui bahagian atas
usus kecil (duodenum), hormon yang dipanggil Cholecystokinin dilepaskan bagi
merangsang pembebasan hempedu.
Hempedu mengandungi
air, kolesterol, lemak, garam hempedu, protein dan bilirubin. Bilirubin
merupakan satu produk akhir sel darah merah. Kolesterol, garam hempedu dan
bilirubin adalah tiga komponen utama yang menentukan pembentukan batu karang
hempedu.
Apakah batu karang
hempedu?
Batu karang hempedu
adalah formasi seperti batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu dan ditemui
dalam pelbagai bentuk, warna dan ketekalan. Ia terbentuk apabila salah satu
daripada tiga komponen utama dalam hempedu (kolesterol, garam hempedu dan
bilirubin) wujud secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan cecair.
Lama-kelamaan batu karang hempedu ini menjadi bertambah besar atau semakin
banyak. Batu karang hempedu boleh terperangkap sepanjang duktus sistk atau
duktus hempedu sesama apabila ia keluar dari pundi hempedu. Batu karang hempedu
juga boleh terbentuk di hati, duktus hepatik atau duktus hempedu. Batu karang
hempedu dikelaskan berdasarkan komponen kimia dalam batu kolesterol, batu
pigmen dan batu bercampur. Majoriti batu karang hempedu adalah batu bercampur.
Terdapat beberapa
faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan batu karang hempedu iaitu:
1.
Jantina. Wanita berisiko dua kali ganda daripada
lelaki. Ini adalah disebabkan oleh jumlah hormon estrogen yang berlebihan dalam
kalangan wanita. Keadaan tertentu seperti kehamilan, terapi penggantian hormon
dan pil perancang keluarga mendedahkan mereka kepada estrogen yang berlebihan.
Estrogen yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam hempedu,
seterusnya mengganggu keseimbangan cecair hempedu. Estrogen yang berlebihan
juga mengurangkan pengecutan pundi hempedu menyebabkan stasis hempedu dan
pembentukan batu karang hempedu.
2.
Berat
badan. Obesiti
merupakan satu lagi faktor risiko kerana paras kolesterol yang tinggi dalam
darah.
3.
Diet. Pemakanan yang tinggi lemak dan
kolesterol merupakan satu lagi faktor risiko.
4.
Umur. Individu berumur 60 tahun dan ke atas
mempunyai insiden batu karang hempedu yang lebih tinggi.
5.
Diabetes. Penghidap Diabetes mempunyai jumlah asid
lemak yang lebih tinggi iaitu trigliserida dan kolesterol darah.
6.
Ubat
kolesterol. Ubat yang
mengurangkan tahap kolesterol dalam darah juga meningkatkan jumlah kolesterol
yang dirembeskan ke dalam hempedu.
Anemia hemolitik. Sel
darah merah dimusnahkan kerana masalah tertentu. Heme, komponen sel darah merah
yang dimetabolismekan ke bilirubin.
Tanda dan gejala
Kebanyakan batu karang
hempedu tidak menyebabkan tidak menunjukkan tanda atau gejala. Ia dikesan
semasa pemeriksaan rutin dijalankan. Sebahagian kecil batu karang hempedu boleh
menyebabkan gejala seperti rasa sakit yang berpanjangan selama beberapa minit
di bahagian kanan atas abdomen. Rasa sakit ini disebut ‘gallstone colic’.
Gejala ini biasanya disertai dengan loya dan muntah.
Ia berkurang dengan
sendirinya tetapi boleh berlaku semula sekali-sekala. Keradangan pundi hempedu
atau jangkitan hempedu statik dipanggil cholecystitis akut dan ia boleh
menyebabkan demam.
Batu karang hempedu
yang menghalang aliran hempedu dari hati ke duodenum boleh menyebabkan hati
dipenuhi dengan hempedu yang berlebihan. Hempedu yang berlebihan akan melimpah
ke peredaran sistemik lalu menyebabkan jaundis atau mata, kulit dan membran
mukus menjadi kekuningan.Bagi kes yang teruk pemendapan bilirubin yang
berlebihan dalam kulit menyebabkan gatal. Gejala lain termasuklah sakit perut,
loya dan muntah. Jangkitan hempedu statik mempunyai gejala lain seperti demam
dan disebut sebagai Ascending Cholangitis. Jika tidak dirawat, boleh membawa
maut.
Batu karang hempedu di
bahagian hujung duktus hempedu sesame akan menghalang aliran enzim pankreas
dari pankreas kerana duktus hempedu sesame dan duktus pankreas berkongsi laluan
ke dalam duodenum yang dipanggil ‘Ampulla of Vater’. Aliran enzim pankreas yang
tersekat boleh menyebabkan radang pankreas, atau Pankreatitis Akut. Ia
menyebabkan sakit teruk di tengah bahagian atas abdomen hingga ke belakang.
Diagnosa
Jika individu
mengalami gejala yang disebutkan di atas, penyakit ini disahkan dengan
menggunakan kaedah berikut:
1.
Ujian
darah. Penyiasatan ini
penting untuk menentukan status penyakit. Penyiasatan darah tertentu seperti bilangan
sel, ujian fungsi hati dan serum amilase penting untuk mengesahkan jangkitan,
halangan dan pankreatitis.
2.
X-Ray
Perut. Sepuluh peratus
batu hempedu adalah radiolegap, iaitu boleh dilihat di sinaran x. Ditemui
secara kebetulan semasa menjalankan ujian untuk tujuan lain. Sinaran x bukan
alat utama untuk mendiagnosa penyakit ini.
3.
Ultrabunyi. Merupakan teknik pengimejan yang mudah,
cepat dan tidak berbahaya yang biasa digunakan untuk mendiagnosis penyakit batu
karang hempedu. Ia juga boleh menentukan jika terdapat halangan pada aliran
hempedu. Walau bagaimanapun, batu karang hempedu sukar dikesan terutamanya jika
saluran diseliputi oleh udara dalam usus.
4.
Imbasan
tomografi berkomputer atau CT scan. Merupakan satu teknik pengimejan yang tidak berbahaya
menggunakan sinaran x untuk menghasilkan keratan rentas imej badan. CT scan
membantu mengesahkan keputusan ultrabunyi terutama dalam menilai duktus hempedu
sesama yang terhalang.
5.
Endoskopi
songsang cholangio-pancreatography atau ERCP. Ini adalah satu prosedur endoskopik dengan penggunaan
tambahan fluoroscopy atau media kontras disuntik melalui duktus hempedu dan
imej adalah digambarkan oleh X-Ray. Peranannya sebagai alat diagnostik telah
berkurangan dengan adanya bukan invasif teknik pengimejan. Usa semasa ERCP
adalah terutamanya terapeutik untuk membuang batu di duktus hempedu.
Rawatan
Rawatan batu karang
hempedu bergantung kepada gejala dan lokasi. Kebanyakan batu karang hempedu
yang asimptomatik tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, pembedahan
diperlukan bagi keadaan tertentu. Sila berbincang dengan pakar jika anda
mengalami keadaan seperti ini.
Pesakit dengan batu
karang hempedu simptomatik perlu dimasukkan ke wad, diberikan ubat pelalian,
ubat pencegah kejang dan antibiotik sekiranya terdapat tanda jangkitan.
Apabila gejala semakin
reda, pesakit dinasihatkan untuk menjalani cholecystectom iaitu prosedur
membuang pundi hempedu. Ia dilakukan secara terancang. Pembedahan ini dilakukan
menggunakan pendekatan laparoskopi atau pembedahan lubang kunci. Kamera dan
instrumen pembedahan dimasukkan ke dalam rongga abdomen melalui 3 atau 4
hirisan kecil di perut selebar 0.5 cm hingga 1.0 cm. Pembedahan laparoskopi
mengurangkan kesakitan dan pesakit pulih dengan cepat serta kembali melakukan
aktiviti seharian. Kadang-kala cholecystectomy dilakukan menggunakan kaedah
konvensional terbuka terutama semasa kecemasan atau apabila pakar bedah
menghadapi kesukaran semasa melakukan pembedahan laparoskopi.
Rawatan menggunakan
kaedah tanpa pembedahan juga boleh digunakan untuk merawat penyakit batu karang
hempedu. Penggunaan ubat atau terapi oral mempunyai peranan terhad kerana
kurang berkesan dan kejadian berulang yang tinggi. Ia hanya digunakan dalam
situasi apabila pesakit mempunyai risiko tinggi untuk menjalani pembedahan atau
anestetik.
Naa....mungkin kah dulu2 aku mengamalkan pil perancang?......malas nak fikir.....
Subscribe to:
Comments (Atom)