Saturday, April 8, 2017

CUBA BAKAT SENDIRI MELALUI PUISI - 2

HIDAYAH

di sini bermulanya HidayahMu
terdetik hati melihat hala tuju peganganku
membuat perbandingan sendiri
tanpa memikirkan keluarga terutama ibu ayah yang mengasehi
dalam benak fikiran hanya nekad untuk berubah

Alhamdulillah
ada yang sudi
membimbing
mendidik
menjaga
menemani
di sini lahirlah rasa sayang
kasih mengasehi
berkongsi cerita

namun
ku akui kekurangan dan kelemahan diri
lurus bendul
memakan diri

qada dan qadar
121280 tarikh keramat buat ku
ISLAM menjadi pegangan
status suri menyusul
limpahan kasih sayang dari suami tercinta
Alhamdulillah

lahirlah si comel comel
putera putera hati belaka
310182 jam 11.26 tengah malam hari Ahad malam isnin
100383 jam 11.26 pagi hari Khamis
010285 jam 9.35 malam hari Jumaat malam Sabtu
270786 jam 1.15 pagi hari Ahad

sibuknya kehidupan membesarkan putera putera ku ini
kunun cukuplah sudah
namun Allah memberi rezeki lagi setelah enam tahun
lahirlah seorang putera lagi
pada 300892 jam empat pagi hari Ahad

Alhamdulilah Alhamdulillah Alhamdulillah
syukur ya Allah
atas kurniaanMu

Namun dugaan tetap datang melanda
di celah celah kehidupan ini
mohon padaMu ya Allah
kuatkan lah semangatku
permudahkan aku
lindungi aku
berkati dan rahmatilah kehidupanku
hingga ke Jannah
aamiin...........


EITAIZRAM
030417

CUBA BAKAT SENDIRI MELALUI PUISI - 1

SAYU

andai masa boleh diundur
andai jarum jam boleh dipusing balik
andai zaman boleh kembali semula
andai sejarah boleh diperbetulkan

namun
masa tetap berlalu tanpa menunggu
jarum jam terus berpusing tanpa henti
zaman terus berubah
sejarah tetap tinggal sejarah

yang tinggal
hanya kenangan
penyesalan
kesedihan

semoga
Allah terus beri Hidayah
maghfirah
ketenangan jiwa
ketenteraman hati
kebahagian diri

walau
diuji dengan penyakit
sebagai penghapus dosa
aku reda ya Allah
demi mencari redaMu
keberkatan dan RahmatMu ya Allah

EITAIZRAM
310317

Sunday, April 2, 2017

PINK RIBBON - 1ST APRIL 2017

first time join Pink Ribbon...itu pun kawan bagi tau dalam wasap dan call lagi ingatkan....mula2 tu segan juga sebab mostly member tu chinese dan tak kenal pulak kecuali kawan yang masukkan aku dalam wasap group BCS (breast cancer survivor)

perkongsian cerita di kalangan pesakit kanser payu dara:

Cerita 1:
mendapatkan rawatan setelah 2 tahun menghidap kanser dan apabila payu dara sudah mengeluarkan air dan bau. Payu dara tidak dapat diselamatkan. Kesan pembedahan itu tangan membengkak dari pangkal lengan hingga ke jari. Tidak mustahil bengkak itu akan menyerang kepada pesakit selepas beberapa tahun pembedahan. Untuk itu kami diajar oleh sifu supaya membuat exercise tangan minimum 30 saat.

Cerita 2:
ketumbuhan atau lump dan dinasihatkan untuk menyingkirkan lump itu sahaja. Kini setelah 3 tahun berlalu ada lagi ketumbuhan dan seolah2 telah merebak ke paru paru. Hanya airmata dan sokongan dari rakan rakan yang sewaktu dengannya.

Cerita 3:
Lump sahaja tetapi pesakit ini mohon agar dibuang terus satu payu dara dengan andaian tak mau kanser merebak lagi. Enggan berkongsi cerita dengan adik beradik keluarga rakan rakan kerana merasa selesa merahsiakan penyakit yang dihidapnya. Namun sepatutnya adik beradik dan keluarga patut dimaklumkan agar mereka juga boleh bersedia dan mengambil langkah langkah penjagaan kesihatan kerana penyakit ini boleh juga dikaitkan dengan hubungan kekeluargaan atau keturunan
tidak perlu malu dan merasa rendah diri kerana penyakit ini sebab apa juga yang terjadi itu pasti ada hikmah disebaliknya ....Allah saja yang maha mengetahui.

Cerita 4:
Payu dara telah dibuang dan masih menjalani kemoterapi.kesan kesan rambut gugur dan kurang selera makan. namun pesakit ini nampak sihat walau sedikit khayal mungkin kesan kemo.

Cerita 5:
Lump sahaja tetapi mohon dibuang payu dara dengan andaian supaya kanser itu tidak merebak. Sangat berjaga tentang makanan dan kesihatan namun kanser tak mengenal siapa. Kini terus menjaga pemakanan yang sihat. Pesakit ini kini sihat dan bertenaga menjalani hari hari seterusnya.

Tips dari pengalaman:

1. lakukan riadah atau bersenam

2. amalkan cara hidup sihat dengan menu sihat

3. elakkan memakai gelang atau tangkai jam yang ketat

4. elakkan dari mengangkat barangan atau beban lebih dari 5kg

5, elakkan stres (kerana punca utama sel kanser menjadi aktif apabila stres melanda)

6. sokongan keluarga terutama suami dan anak anak

7. bagi yang telah dibuang payu dara kenalah memakai payu dara palsu (bukan kerana kecantikan tetapi kerana kesihatan) . Jika sebelah payu dara telah dibuang bahu akan senget, jika kedua duanya telah dibuang badan akan membongkok. Untuk itu pemakaian payu dara palsu itu perlu untuk keseimbangan tubuh badan kita. Nampak kan .....Allah telah mencipta sesuatu itu dengan keperluan dan kegunaanya kepada kita.




Saturday, March 11, 2017

JANGAN BERTANGGUH MENJALANI RAWATAN

Pesan kepada diri sendiri dan kawan2 yang sempat singgah di Blog saya agar tidak bertangguh untuk menjalani rawatan jika terasa ada kelainan atau benda pelik di tubuh kita. Cepat2 jumpa Doktor dan ikut nasihat Doktor kerana mereka adalah pakar yang perlu dirujuk. Elak bertangguh2  menjalani rawatan dan hindari dari memberi alasan yang tidah munasabah.Kalau bukan kita yang kesiankan diri kita..... siapa lagi? kita yang akan menanggung kesakitan dan kesengsaraan ini dan tindakan cepat kita ini boleh mengelak diri kita dari menyusahkan orang lain pula.
Kesian dengan kawan ini.....
ceritanya:
terkesan ada lump di payu dara...masa itu masih kecil lagi tapi dia pula mengandung anak sulong...kandungan 6 bulan. Doktor syorkan kemo dan dia jalani kemo sehingga anak dilahirkan....dan apabila Doktor nak buat pembedahan membuang lump... kawan ini memberi alasan tiada yang akan menjaga anak kecilnya yang baru dilahirkan....bila tertangguh lump itu semakin membesar dan bahaya.....kini Dr syorkan lagi kemo dan buat pembedahan .....payu dara terpaksa dibuang....aduh....sedih kan....kalau cepat dirawat kemungkinan payu dara dia masih boleh diselamatkan.....tapi kawan ini sungguh tabah....boleh bercerita dan senyum2 lagi......all the best my friend....semoga pembedahan berjaya dan dipermudahkan......
ada lagi cerita dari kawan tentang kanser payu dara:
makcik dia ni sangat pemalu....ia menghidap kanser payu dara sehingga suami dan anak2 dia pun tak tau sehinggalah apabila kanser tu dah merebak dan membengkak. Bila dibawa ke hospital dah tak boleh diselamatkan lagi......bukan saja payu dara tapi nyawa pun tak boleh diselamatkan lagi....untuk itu tak perlulah kita malu atau segan berjumpa Doktor atau maklumkan pada keluarga untuk sama2 kita berusaha dan berikhtiar mencari penawar kepada penyakit kita ini....ingatlah....setiap penyakit yang diturunkan pasti ada penawarnya.....
cerita kawan lagi ni......
dia selalu alami sakit perut....ingatkan gastrik....dia tak pergi hospital....sehinggalah kesakitan perut yang dialaminya tidak dapat ditahan lagi....dia dibawa ke hospital....Doktor kata ada masalah usus...dia dihantar balik ke kampung halamannya dan berjumpa dengan Doktor di situ agar mudah keluarganya menjaganya kerana dia masih bujang....Dia dimasukkan ke hospital swasta sebab lebih cepat dan pembayaran menggunakan insurans kesihatan....pembedahan segera dilakukan dan ia adalah kanser usus....selepas pembedahan dan menjalani kemo kawan ini dah sihat dan segar bugar sekarang.....kini dia menjaga waktu makan dan makanan yang diambil....Alhamdulillah...syukur dah selamat.
cerita kawan lah lagi.....
kawan ini sangat menjaga makan....senaman dan kebersihan diri...tak makan KFC pun....semuanya makanan sihat dan berkhasiat.....tapi dia kena juga kanser payu dara.....sepatutnya hanya membuang lump sahaja tetapi kawan ini mengambil pendapat yang kedua iaitu lebih baik payu dara itu dibuang sebelah....dia pun dengan rela hati dan meminta Doktor itu membuang sebelah payu dara.....kini dia telah sihat walafiat dan semakin mengamalkan makanan sihat....tak makan daging....makan ayam yang dibela sendiri....makan sayur....buah-buahan....makan ikan yang hanya ada sisik sahaja.....minum pun susu yang berkhasiat......

Sebagai seorang muslim saya berpendapat payu dara kita ini adalah anugerah Allah kepada kita....tubuh badan kita ini milik Allah bukan milik kita.........jika ia masih boleh diselamatkan seperti kata Doktor Pakar.....ikutlah kata Dr Pakar sebab mereka adalah pakar.....anyway....masing2 punya pandangan kan....jadi tak salah juga kalau saya beri pandangan begini....
ingat kawan2 jangan bertangguh2 ya....jalani rawatan kesihatan juga seperti....tekanan darah...gula dalam darah dan juga jantung kita......tapi sebagai seorang muslim kita jangan lupa ya....baca Alquran setiap hari....Alquran juga adalah ubat yang paling mujarab.


Saturday, March 4, 2017

A SURVIVOR?.........IN SHA ALLAH,,,,,,,

 Rahmat Allah jua,,,,,itulah yang selalu bermain di minda......ingat Allah selalu...syukur masih merasa diri ini sihat dan bertenaga walaupun rehat perlu diutamakan

pengalaman menjalani rawatan sebagai pesakit kanser bersama kawan2 .....

Kawan 1:  Kanser payu dara, Sudah jalani kemo sebanyak 6 pusingan. Pembedahan membuang sebelah payu dara selesai...dah keluar wad dan balik ke rumah. Suami beri makan pati ikan haruan dengan harapan luka pembedahan cepat sembuh....tapi di tepi bekas pembedahan itu tumbuh pula isi sebesar telur ayam...bila Dr periksa bukan kanser. 3 bulan kemudian tangan dia membengkak sehingga ke leher....kadang2 dia terjatuh sebab badan jadi tak seimbang........Dr syorkan jalani kemo lagi....tapi kawan ini masih boleh tersenyum bila bercerita penderitaan yang ditanggung....lepas hari itu belum lagi berkesempatan berjumpa dengannya....mungkin tarikh temujanji kami tidak sama

Kawan 2: Kanser payu dara....cerita yang sama dengan kawan1 ...dah buang sebelah payu dara pada tahun 2012. Tahun 2016 dalam menjalani rawatan susulan Dr terkesan pula ada kanser yang aktif di paru2....kini kawan ini menjalani kemo lagi....kawan ini bercerita dia tidak berpantang dalam bab2 makan....sambal belacan pun dia makan....daging makan sikit2.....tapi kawan ini pun tetap boleh tersenyum sambil ketawa2 bila bercerita....selalu jumpa sebab tarikh temujanji kami sama

Kawan3: Kanser payu dara...dah buang sebelah di hospital swasta....tapi bila untuk Herceptin terpaksa memohon dipindah ke hospital kerajaan...1 botol sederhana Herceptin kos lebih kurang 10k di swasta dan kerajaan lebih kurang RM8900 tapi kalau ada surat dari kebajikan maka percumalah semuanya....tiada keturunan kanser dalam keluarga....kini sihat dan bertenaga malah semakin anggun dan cantik pula nyonya ini...sangat menjaga makan........selalu jumpa....tarikh temujanji kami sama

Kawan4: Kanser usus....dah buat pembedahan,,,,kini jalani kemo....dia menceritakan perasaan dia masih trauma dalam menghadapi penyakit ini...dia seolah2 menjalani hukuman mati....dia sangat takut dan bersedih sebab anak2 masih bersekolah,,,,,tapi saya sempat bercerita dengan dia....perasaan itu memang ada masa mula2 dimaklumkan oleh Dr ...tapi fikirlah dengan positif bahawa kalau sudah sampai masanya tiada siapa pun dapat menghalang kematian....kematian tetap berlaku bukan si pesakit kanser sahaja.....perlu fikir positif dan berazam untuk cepat sembuh demi anak2 yang masih memerlukan....kawan ini akur dan boleh tersenyum...semoga kami masih boleh berjumpa di temujanji akan datang

Ramai lagi kawan2 yang tidak sempat bercerita panjang sekadar bertanya mereka hadapi kanser apa...ada yang kanser rahim kanser prostat kanser usus kanser paru2 kanser payu dara....tapi mereka tetap boleh tersenyum dan bercerita sambil ketawa2....ini lah agaknya yang dinamakan reda atas ketentuanNya....


Wednesday, March 1, 2017

ALHAMDULILLAH SUBHANALLAH YA ALLAH

Alhamdulillah......belum sampai masa lagi untuk ku....Allah masih sayang pada ku dan beri peluang untuk menimba ilmu dan memperbanyakkan amalan....in sya Allah.

Setelah kemo terakhir ku jalani aku tetap sihat seperti biasa ......Alhamdulillah
14 Feb 2016 anak2, menantu2 dan cucu2 setia mengiringi perjalananku ke hosptal untuk menjalani pembedahan. Dijadualkan pembedahan itu pada awal pagi 15 Feb. Semuanya sudah siap sedia...aku pun sudah bersedia fizikal dan mental....pasrah dan tawakal pada Allah.Masa pembedahan ditunda kerana Dr tidak menemui lagi ketulan ....semuanya rata...terpaksa dihantar untuk ultra sound namun jawapannya sama....lump tu dah hilang takda kesan dah....tapi Dr pakar tu minta juga aku bersiap ke OT untuk membuang tumor bed...aku akur saja sebab mereka yang lebih pakar...tepat jam 12 tghari aku ditolak ke OT....disuntik....beberapa minit tak tahu apa terjadi.....hanya Allah saja yang tahu
Alhamdulillah syukur....terdengar nurse tu membangunkan aku....bila aku buka mata kebetulan mata aku tertumpu pada jam dinding menunjukkan jam 4.00 petang...wah lama juga aku tak sedar ya...lebih kurang 4 jam....tau2 rasa pening2....jam 5 petang aku dibawa keluar ke wad....rasa nak minum pula tekak kering....tapi masih pening dan termuntah2 pula....
esok pagi aku dah mula bertenaga...boleh sarapan dan makan bubur...boleh ke bilik air sendiri....malam tu kakak aku temankan di wad...tapi aku tak menyusahkan kakak aku....aku kuatkan semangat dan urus diriku sendiri....terima kasih kakak ku kerana sudi menemani aku...
esoknya aku tak mau ditemankan lagi ....aku sihatkan badan aku....dan aku kerjakan kewajipanku walaupun dalam keadaan duduk di kerusi....yang penting aku masih ingat Allah walaupun aku tak sihat
setelah 4 malam dalam wad...makan ubat...menjalani phisioterapi...akhirnya aku boleh keluar dan rehat di rumah kakak sebelum balik ke rumah....
biasalah kalau selepas pembedahan ni....walaupun kita jaga kebersihan...makan yang  baik dan rehat yang cukup tapi kesannya tetap ada.....kena infection lah pula...terpaksa ke hospital emergency lagi...kena tahan lagi 4 malam untuk masukkan antibiotik....aduh....sakitnya bila antibiotik disuntik masuk ke badan kita.....fobianya aku....ya Allah.....at the end of the day aku dibenarkan balik ke rumah setelah 4 malam menginap di hospital.....senangnya dalam hati.....Alhamdulillah,,,,,,,
setelah cukup rehat dan fit untuk kerja semula aku pun memulakan hari2 ku ke ofis melihat2 kerja2 yang akan diberikan kepada  aku....
Alhamdulillah....setelah beberapa bulan diberi cuti .....aku masih boleh membuat kerja2 yang diamanahkan walaupun sedikit perlahan.....
susulan rawatan tetap berjalan seperti biasa sebulan sekali kena jumpa Dr....apabila menjalani susulan rawatan Dr mensyorkan agar aku menjalani radioterapi pula sebanyak 20 kali....setiap hari sepanjang Jun 2016. Disamping aku juga diberi Herceptin sebanyak 17 kali pada setiap 3 minggu....Alhamdulillah .....radioterapi berjalan lancar tapi kena ikutlah nasihat pakar...sepanjang radioterapi tu kena rajin2 sapu krim di tempat yang kena pancar untuk elak gatal....elakkan mandi dengan sabun/body lotion...mandi dengan air sahaja.....tak payah pakai bedak/minyak wangi/odorono cukup dengan sapu Aequos krim....
Herceptin juga berjalan dengan lancar......Alhamdulillah.....sehingga hari ini sudah 14 kali dan ada lagi 3 kali iaitu yang terakhir in sya Allah pada bulan April 2017.....ubat hormon juga kena makan selama 5 tahun....kena akur pada yang pakar
Alhamdulillah....kini aku rasa sihat dan bertenaga tapi kadang2 tu terlupa yang kita ni sakit...terover pula bila buat kerja tu......bila dah keletihan barulah sedar yang aku ni kena utamakan rehat juga...
Nasihat Pakar tetap kita ikut demi proses penyembuhan kita....tapi yang utama tetap pada kewajipan kita kepada Allah jangan lupa....yang wajib sudah pasti.....yang sunat dijadikan amalan.....baca Al Quran setiap hari walau pun ayat2 lazim....
untuk menjadikan kita insan yang positif dan sihat....aku amalkan sunat dhuha setiap hari (ada juga tertinggal jika tidak dapat dielakkan), taubat, hajat dan tahajud (setakat yang aku mampu) dan membaca Al Quran setiap hari dan juga membaca terjemahan....disamping sentiasa berdoa kepada Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang....janji Allah itu pasti....Allah kabulkan doa kita apabila kita minta.....


Tuesday, February 2, 2016

13/1/16 my last kemo

my last kemo.....lump tu dah tak ada.....Alhamdulillah    syukur....dalam hati berharap pembedahan tidak akan dilakukan...tapi siapalah kita .....kena rujuk pada yang pakar....dan of course ketentuan Allah jua......