Saturday, October 24, 2015

Chemo kali k2 20/11

20 Nov aku attend chemo kali ke2. Kali ini kami pegi awal ke Hospital...jam 6.30 pagi dah bertolak dan sampai di situ parking masih ada yang kosong....kami breakfast nasi lemak sebelum mendaftar masuk. Di Jab Onkology aku letak kad temujanji dan hasil ujian darah yang telah aku jalani pada 15 Nov. Aku duduk menunggu dan terdengar Doktor tu menelefon dari kaunter kepada seseorang sambil menyebut2 nama aku. risau juga aku...apa hal ni...lepas tu nurse pangil aku masuk ke bilik untuk cek tekanan darah dan timbang berat....berat aku masih mantain 73.1...tekanan darah 137/87...nurse tu kata aku kena ambil ujian darah sebab yang terdahulu itu ada yang tak kena...kalau masih keputusan yang sama maka chemo postpone katanya.                  

Sunday, October 11, 2015

Hadir Kelas Agama

Sebelum sakit aku adalah pelajar Kelas Pendidikan Wanita (Kelas Agama Untuk Wanita) dan selepas sakit pun aku tetap mengikuti kelas kecuali aku terpaksa menghadiri temujanji doktor. 5 hari lepas chemo aku attend juga kelas...aku pandu kereta sendiri walaupun kepala dan hidung sakit2 lah sikit...rasa tak selesa. Bagi aku kalau sakit masih boleh berjalan itu bukanlah alasan untuk ponteng kelas agama. Rugi kalau tak ikut kelas sebab menghadiri kelas seperti itu seolah2 aku mengunjungi taman2 di Syurga. Di kelas tu aku boleh mengikuti kelas tauhid, tasauf, sirah Nabi, aqidah dan fekah. Lepas solat asar berjemaah di Masjid ada pula kelas ngaji Alquran secara thalaqi. Kawan2 dah semakin ramai hadir di taman2 syurga ini. Semasa aku cuti sakit ini...seronok pula aku hadir kelas ni...tak mengantuk bila dengar ustaz tu bercerita sebab aku dah buat qailulah....segar saja mata aku berbanding semasa aku belum cuti sakit ...pasti kawan sebelah kejutkan aku sebab terlelap.
Alhamdulillah.....Allahu Akbar......Allah menguji aku dengan penyakit ini tetapi Allah banyak memberikan aku nikmat dan hikmah disebaliknya. Syukur ya Allah....

Kewajipan tetap dijaga

Sebelum sakit dan setelah disahkan sakit.....jangan sekali2 kita lupa tunaikan kewajipan kita sebagai seorang Islam. Kalau nak cakap sebelum sakit tu...iyalah masa aku sihat tak tau lagi ada sakit kewajipan tetap aku tunaikan. Dalam kehidupan aku masa itu aku tambah juga solat2 sunat yang aku mampu buat. Biasanya aku lazimi solat sunat subuh dan solat sunat dhuha. Solat tahajud tu aku buat bila aku terjaga sebelum subuh...biasanya dalam jam 3 atau 4 pagi. Aku baca AlQuran sekali sekala bila aku tidak keletihan...maklumlah kan dan siang bekerja...bila malam badan pun terasa letih sangat.
Setalah aku disahkan sakit dan diberi cuti panjang...banyaklah masa aku di rumah. Tapi biasalah lepas chemo badan kita mesti rasa tak selesa...kepala sakit...hidung sakit sebab kesan ubat....badan mudah letih...tak boleh kena panas matahari. Masa2 yang terluang aku gunakan sebaiknya...kalau aku terbangun pastikan aku buat solat tahajud dan witir. Pada malam sebelum aku chemo hari tu aku terbangun malam dan buat solat tahajud, solat hajat dan berdoa pada Allah agar ubat chemo itu hanya mematikan cell yang jahat sahaja. Setiap pagi aku tetap buat solat dhuha. Selepas solat maghrib dan solat subuh aku lazimi baca Al Quran...tapi kalau aku rasa sihat lepas solat asar atau zohor pun aku baca Alquran. Lepas solat Isyak pun aku baca lagi AlQuran. Macam2 surah aku baca....yang popular aku baca tu ialah surah Alwaqiah, surah Almulk, Surah Yaasin, Surah Assajadah, Surah Addukhan dan aku juga baca surah2 penyembuh cell kancer. Kadang2 aku baca Al Maathurat.
Pengalaman aku baca AlQuran selepas chemo ni betul2 meresap dalam badan aku....aku jadi bertenaga dan dan cergas. Kepala yang selalu sakit...badan yang terasa panas...jadi sejuk dan boleh buat kerja2 rumah yang ringan.....selera makan pun bagus..tak pernah ada rasa loya2 apa lagi rasa nak muntah seperti yang selalu dialami pesakit lepas chemo. Alhamdulillah...13 hari lepas chemo rambut pun masih ok....ada juga lah rambut yang gugur bila disikat.
Subhanallah.....betapa beruntungnya kalau kita boleh membaca Alquran....janganlah sia2kan masa yang ada... kita kena pergi kelas mengaji dan betulkan tajwid, mahkraj...dan usaha kita itu pasti diredhai Allah swt dan doa2 kita pasti dimakbulkan.



13 hari lepas chemo

Hari ini ialah hari yang ke 13 lepas aku kena chemo.
Aku rasa semakin sihat. Awal pagi bersama en suami kami jalan2 di kompleks sukan...pusing2 dalam 3 round ...just jalan saja tak payah lah jogging atau lari2 anak.Tujuan aku tu untuk dapatkan stamina. Alhamdulillah....terasa betul2 segar selepas jalan2 tadi. Walau macamana pun jangan lupa sarapan.

Sunday, October 4, 2015

Diet lepas chemo

Diet lepas chemo ni sebenar tak ada lah pantang sangat kalau ikut doktor tapi ada juga kawan2 cakap ada juga beberapa makanan kena elak agar cell kanser itu tidak aktif semula. Daging atau liver kena makan juga sebab untuk mengembalikan cell darah merah. Kalau ayam tu en suami belikan ayam kampung untuk buat sup.Banyakkan makan sayur2 hijau dan buah2an. Elakkan coffee semua jenis, susu semua jenis, makanan dalam tin semua jenis termasuk jeruk2, minuman bergas. Minum teh hijau boleh dan yang paling baik ialah minum madu semasa sarapan.
Untuk sarapan:
1 gelas madu (aku guna madu tualang keluaran AgroMas) dibancuh dengan air.
Nasi + telur dadar pun ok
atau bihun goreng
atau mee goreng mamak (tapi tak pedas) sebab jika pedas tekak jadi pedih dan panas
atau goreng keledek
atau bread pun boleh
yang penting kita sarapan awal pagi sebab kesan ubat chemo ni kena isi perut sebelum masuk angin atau diserang gastrik.

Lunch/Dinner:
Nasi
Sup ayam (dimasak dengan halia, bawang putih, serai, daun limau purut, red dates, sedikit garam dan sedikit sos tiram untuk perisa)
Sayur (tumis dengan bawang putih sahaja)
buah2an (pisang/tembikai/buah lai mana2 yang ada)
atau
daging/liver masak kicap (jangan lupa halia, bawang putih dan serai)
ikan (masak singgang tanpa lada)

Minum pagi dalam jam 10 pagi kena makan buah lagi atau biskut. Minum jus atau air kosong.
Minum petang teh hijau dengan goreng keledek atau goreng pisang atau biskut pun boleh.
Ingat tu...perut tak boleh kosong....kena isi sikit2....makan ais krim pun boleh bila terasa mulut kering.






Macam2 aku makan untuk hilangkan penyakit

Bila aku terasa ada ketulan yang tidak sepatutnya di badan aku...aku mula mengoogle....aku just taip kanser walaupun aku belum lagi berjumpa doktor. Pertama aku ternampak dalam google tu daun rerama...aku pun order butterfly tea dari KL melalui Whatapps. Aku bayar RM160 dan 2 hari lepas tu produk tu pun sampai. Anak aku juga terus order biji aprikot setengah kg RM65.00. Aduhai pahitnya biji aprikot itu. Aku makan biji aprikot itu 20 biji untuk setiap 4 jam sebanyak 6 kali dalam sehari selama 3 hari. Lepas tu kurangkan dos sikit2 sebab aku tak tahan dengan rasa pahit. Aku makan buah durian belanda. Aku blend daun belalai gajah degnan daun durian belanda dan aku minum.Aku rebus juga bawang hutan dan minum.Aku amalkan juga ayat2 AlQuran pencegah kanser dan minum air. Aku minum juga inertri produk yang kakak aku perkenalkan iaitu beras perang dan spirulina dengan harga yang mahal jugalah RM490. Pada masa ini duit bukan soal lagi...yang penting penyakit dapat diubati.
Aku teruskan amalan ini sehinggalah ketulan itu disahkan mengandungi cell kanser 0 stage. Tapi aku bersyukur sebab cell itu belum merebak ke organ lain. Ini aku tau melalui ctscan yang pakar radiology tu buat.

7 hari lepas chemo

3 okt aku keluar rumah lagi sebab ada urusan di pejabat. Aku habiskan masa lebih kurang 4 jam. Aku balik ke rumah dan berehat melelapkan mata sekejap selepas zohor. Jam 2 petang aku ke Kelas Agama sehingga jam 5.30 petang balik ke rumah. Malam itu aku tertidur keletihan.
4okt aku pegri jalan2 di Pasar Tani. Balik rumah terus rehat dan tidur lagi. Lepas zohor aku rehat lagi terus tidur lagi. Nampaknya hari ke 6 chemo aku mula terasa letih badan. Macam nak naik gastrik pun ada. Bila nak makan tak lalu pulak tapi bila makan perut rasa kenyang pulak...serba tak kena betul.
5 okt seawal pagi selepas solat subuh dan baca Quran aku ke laman menyiram bunga2 di laman. Selepas dhuha aku ke bandar dan kerana perut rasa lapar singgahlah kami makan soto ayam di food court. Selepas solat zohor aku rasa cergas pulak....akau makan buah dan ais krim. Nampaknya kita tak boleh nak baring saja....cergas2kan badan kita....dan lawan keletihan tu sekali sekala.Alhamdulillah...syukur.

Friday, October 2, 2015

3 hari selepas chemo

30 sep pagi sempat lagi kami berkunjung ke rumah kakak di putatan....singgah di rumah adik di membakut....dan dalam perjalanan sempat singgah membeli ikan di pasar membakut dan binsulok...jam 4.00 petangkami sampai di terminal menumbok. Lebih kurang jam 7.00 kami sampai di rumah. Selesai mandi dan solat aku terus pula menyiang ikan yang dibeli tadi dan simpan dalam freezer...kemas2kan barang...en suami pula tolong masak dan selesai makan...cucu pula datang ke rumah...lebih kurang jam 12.00 malam barulah aku dapat merehatkan badan dan tidur.
1 oktober bangun subuh dan en suami pula terpaksa ke KK sebab ada program sekolah. Tinggallah aku seroang diri di rumah...anak dan menantu belum balik darikorea honeymoon...mujur masih ada anak menantu cucu yang tinggal depan rumah...merekalah yang temankan aku waktu malam. Pagi tiu aku terus aktif....siram bunga...sapu2 laman...kemas2 rumah....basuh kain....dan masak juga untuk isi perut sebab perlu makan ubat.
2 oktober bangun se awal jam 5 dan selesai menunaikan kewajipan...ke dapur kemas2 dan sediakan sarapan..hanya keledek goreng....mujurlah ada anak menantu membantu...kami duduk sarapan sehingga jam 8. Bila aku dah tinggal seorang2 mulalah aku fikir nak buat apa lepas ni.....apa2 pun aku mandi dulu dan solat dhuha.....lepasa tu barulah aktiviti bermula......nah aku panjat meja dan lap kipas yang dah berhabuk...cuci kipas berdiri tu sebab dan berhabuk juga.....vacuum lantai....lap2 perabot.....basuh kain...lipat kain....masak lagi untuk isi perut. Waktu zohor dah masuk....aku tunaikan dulu kewajipanku ini.....dan rehat sebentar agar lebih segar nanti. Tangan aku dah mula rasa numb tapi aku urut2 sajalah.
Lebih kurang jam 3 aku tersedar dan mulakan lagi aktiviti seterusnya.....aku gosok kain pula...baju aku sendiri dan en suami yang dah terkumpul satu minggu...dapat juga aku habiskan... Alhamdulillah...selesai sudah kerja2 aku.
Jam 4.30 petang en suami sampai ke rumah...aku buat pula  keladi goreng yang en suami beli di KK. Aku hidangkan suami teh panas dan keladi goreng sambil kami duduk2 tengok tv. Petang seperti biasa aku memandikan lagi bunga2 di laman. Cucu pun datang lagi...nah rehatlah aku melayan cucu pula.Jam 7 mlm anak dan menantu balik dari korea. Kembalilah rumah kami meriah dan ceria seperti biasa.
Alhamdulillah...hari ke 3 lepas chemo aku masih aktif dan sihat seperti biasa. Syukur Ya ALLAH Engkau mengurniakan aku kudrat sebegini.

29 Sep Chemo pertama

28 sep 2015 aku dan suami en suami bertolak ke KK. Keesokkan nya 29 sep seawl jam 7 pagi kami bertolak dari rumah kakak ke Hosp. Likas. Kesesakan jalan raya dan masalah mencari parking lah pulak.
Aku turun depan pintu hosp dan menuju tempat pendaftaran doktor pakar....no. 043...wah jauhnya lagi nak sampai...terpaksa bergegas mencari toilet dulu lah ni...bila sampai giliran aku terpaksa ambil no lain untuk print HRMIS sebab aku ni kakitangan kerajaan...so kena tunggu lagi sekejap...tapi tak apalah next app. dah tau dah.
Terus ke Jabatan Onkology dan ambil no giliran lagi...no. 027...timbang berat 73.1 kg dan ambil darah 140/76....oklah not too bad. Tapi berat badan tu macam banyak lemak lah pulak.
Bila no.027 berdering aku terus masuk ke bilik 4 di mana menunggu seorang dr wanita yang cantik dan lemah lembut. Dr tu bertanya2 sejarah penyakit dan macama aku boleh terkesan. Aku terpaksa mengulang2 cerita lagi kerana semua doktor bertanya soalan yang sama. Dr tu memeriksa aku dan menyuruh mengambil ubat di farmasi dan ke tingkat 2 untuk chemo...fail dan ubat akan dihantar ke tempat tersebut. Perut dan minta diisi kerana jam dah menunjukkan jam 10.30 pagi...so kena ke cafe dululah makan apa yang patut. Kami pun terus ke tingkat 2 daily care....tanpa bertanya2 dan terus masuk...selepas duduk lebih kurang 10 minit hairan juga sebab pesakitnya mostly kanak2...daily care talesmia...wah mungkin kami dan tersalah tempat ni...so kami terus ke kaunter bertanya dengan nurse yang ada di situ...owh tempat chemo tu di bangunan yang sama dengan Jab. ongkology....so kami pun terus turun balik dan mencari2 tanda nama dari lorong ke lorong...akhirnya terjumpalah lift yang dimaksudkan dan terus ke kaunter. Nurse terus menyemak nama dalam daftar dan menyuruh aku masuk di dalam ruang yang disediakan....pilihlah mana2 tempat duduk yang aku rasa selesa....kebetulan ada satu kosong sebelah wanita cina yang sedang duduk menghadap tv...aku pun duduk dan bertanya khabar....wanita ini pun baik terus kami berbual2.....rupa2nya wanita cina ini adalah cikgu Sains aku masa ditingkatan satu dan dua dulu....Miss aniie wong...sama pula surname kami...maka rancaklah perbualan kami...padahal masa sekolah dulu aku tak berbual2 pun dengan cikgu annie sebab pada zaman itu murid sangat hormat kepada guru. Samalah pula sejarah penyakit kami ni tak ada keturunan pun untuk dapat penyakit ini....bila cerita2 tu cell canser dia dah tahap 3...terus kena buang payudara sebelah kiri baru diikuti chemo....ini adalah chemo yang kedua bagi miss annie.
Mujurlah masa kami dihabiskan dengan bercerita2 zaman sekolah dulu maka taklah sedar masa berlalu...nurse pun mula masukkan air....ubat...air...ubat...air..ubat dan kemudian sekali lagi air...ada 3 jenis ubat...pakej kata nurse tu...mula tu masuk ubat warna merah...kedua putih...dan ketiga juga putih tapi yang ketiga ni buatkan hidung aku sebu dan airmata keluar sebab pedih....tak lama tu anty kata nurse tu dalam 40 minit...tapi untuk aku taklah sampat 40 minit...lebih kurang 15-20 minit saja hilanglah pedih2 tu.
Macam2 jenis juga ubat2 aku ni tapi mostly vitamin....iron...Bcomplex...AscorbicAsid...folic acid...tahan muntah dan sejenis ubat lagi yang mesti dihabiskan atas arahan dr......
Sampai di rumah aku terus mandi dan solat...lepas tu lelapkan mata sekejap rehatkan badan.