Sunday, October 4, 2015

Diet lepas chemo

Diet lepas chemo ni sebenar tak ada lah pantang sangat kalau ikut doktor tapi ada juga kawan2 cakap ada juga beberapa makanan kena elak agar cell kanser itu tidak aktif semula. Daging atau liver kena makan juga sebab untuk mengembalikan cell darah merah. Kalau ayam tu en suami belikan ayam kampung untuk buat sup.Banyakkan makan sayur2 hijau dan buah2an. Elakkan coffee semua jenis, susu semua jenis, makanan dalam tin semua jenis termasuk jeruk2, minuman bergas. Minum teh hijau boleh dan yang paling baik ialah minum madu semasa sarapan.
Untuk sarapan:
1 gelas madu (aku guna madu tualang keluaran AgroMas) dibancuh dengan air.
Nasi + telur dadar pun ok
atau bihun goreng
atau mee goreng mamak (tapi tak pedas) sebab jika pedas tekak jadi pedih dan panas
atau goreng keledek
atau bread pun boleh
yang penting kita sarapan awal pagi sebab kesan ubat chemo ni kena isi perut sebelum masuk angin atau diserang gastrik.

Lunch/Dinner:
Nasi
Sup ayam (dimasak dengan halia, bawang putih, serai, daun limau purut, red dates, sedikit garam dan sedikit sos tiram untuk perisa)
Sayur (tumis dengan bawang putih sahaja)
buah2an (pisang/tembikai/buah lai mana2 yang ada)
atau
daging/liver masak kicap (jangan lupa halia, bawang putih dan serai)
ikan (masak singgang tanpa lada)

Minum pagi dalam jam 10 pagi kena makan buah lagi atau biskut. Minum jus atau air kosong.
Minum petang teh hijau dengan goreng keledek atau goreng pisang atau biskut pun boleh.
Ingat tu...perut tak boleh kosong....kena isi sikit2....makan ais krim pun boleh bila terasa mulut kering.






No comments:

Post a Comment