28 sep 2015 aku dan suami en suami bertolak ke KK. Keesokkan nya 29 sep seawl jam 7 pagi kami bertolak dari rumah kakak ke Hosp. Likas. Kesesakan jalan raya dan masalah mencari parking lah pulak.
Aku turun depan pintu hosp dan menuju tempat pendaftaran doktor pakar....no. 043...wah jauhnya lagi nak sampai...terpaksa bergegas mencari toilet dulu lah ni...bila sampai giliran aku terpaksa ambil no lain untuk print HRMIS sebab aku ni kakitangan kerajaan...so kena tunggu lagi sekejap...tapi tak apalah next app. dah tau dah.
Terus ke Jabatan Onkology dan ambil no giliran lagi...no. 027...timbang berat 73.1 kg dan ambil darah 140/76....oklah not too bad. Tapi berat badan tu macam banyak lemak lah pulak.
Bila no.027 berdering aku terus masuk ke bilik 4 di mana menunggu seorang dr wanita yang cantik dan lemah lembut. Dr tu bertanya2 sejarah penyakit dan macama aku boleh terkesan. Aku terpaksa mengulang2 cerita lagi kerana semua doktor bertanya soalan yang sama. Dr tu memeriksa aku dan menyuruh mengambil ubat di farmasi dan ke tingkat 2 untuk chemo...fail dan ubat akan dihantar ke tempat tersebut. Perut dan minta diisi kerana jam dah menunjukkan jam 10.30 pagi...so kena ke cafe dululah makan apa yang patut. Kami pun terus ke tingkat 2 daily care....tanpa bertanya2 dan terus masuk...selepas duduk lebih kurang 10 minit hairan juga sebab pesakitnya mostly kanak2...daily care talesmia...wah mungkin kami dan tersalah tempat ni...so kami terus ke kaunter bertanya dengan nurse yang ada di situ...owh tempat chemo tu di bangunan yang sama dengan Jab. ongkology....so kami pun terus turun balik dan mencari2 tanda nama dari lorong ke lorong...akhirnya terjumpalah lift yang dimaksudkan dan terus ke kaunter. Nurse terus menyemak nama dalam daftar dan menyuruh aku masuk di dalam ruang yang disediakan....pilihlah mana2 tempat duduk yang aku rasa selesa....kebetulan ada satu kosong sebelah wanita cina yang sedang duduk menghadap tv...aku pun duduk dan bertanya khabar....wanita ini pun baik terus kami berbual2.....rupa2nya wanita cina ini adalah cikgu Sains aku masa ditingkatan satu dan dua dulu....Miss aniie wong...sama pula surname kami...maka rancaklah perbualan kami...padahal masa sekolah dulu aku tak berbual2 pun dengan cikgu annie sebab pada zaman itu murid sangat hormat kepada guru. Samalah pula sejarah penyakit kami ni tak ada keturunan pun untuk dapat penyakit ini....bila cerita2 tu cell canser dia dah tahap 3...terus kena buang payudara sebelah kiri baru diikuti chemo....ini adalah chemo yang kedua bagi miss annie.
Mujurlah masa kami dihabiskan dengan bercerita2 zaman sekolah dulu maka taklah sedar masa berlalu...nurse pun mula masukkan air....ubat...air...ubat...air..ubat dan kemudian sekali lagi air...ada 3 jenis ubat...pakej kata nurse tu...mula tu masuk ubat warna merah...kedua putih...dan ketiga juga putih tapi yang ketiga ni buatkan hidung aku sebu dan airmata keluar sebab pedih....tak lama tu anty kata nurse tu dalam 40 minit...tapi untuk aku taklah sampat 40 minit...lebih kurang 15-20 minit saja hilanglah pedih2 tu.
Macam2 jenis juga ubat2 aku ni tapi mostly vitamin....iron...Bcomplex...AscorbicAsid...folic acid...tahan muntah dan sejenis ubat lagi yang mesti dihabiskan atas arahan dr......
Sampai di rumah aku terus mandi dan solat...lepas tu lelapkan mata sekejap rehatkan badan.
No comments:
Post a Comment