Sunday, October 4, 2015

Macam2 aku makan untuk hilangkan penyakit

Bila aku terasa ada ketulan yang tidak sepatutnya di badan aku...aku mula mengoogle....aku just taip kanser walaupun aku belum lagi berjumpa doktor. Pertama aku ternampak dalam google tu daun rerama...aku pun order butterfly tea dari KL melalui Whatapps. Aku bayar RM160 dan 2 hari lepas tu produk tu pun sampai. Anak aku juga terus order biji aprikot setengah kg RM65.00. Aduhai pahitnya biji aprikot itu. Aku makan biji aprikot itu 20 biji untuk setiap 4 jam sebanyak 6 kali dalam sehari selama 3 hari. Lepas tu kurangkan dos sikit2 sebab aku tak tahan dengan rasa pahit. Aku makan buah durian belanda. Aku blend daun belalai gajah degnan daun durian belanda dan aku minum.Aku rebus juga bawang hutan dan minum.Aku amalkan juga ayat2 AlQuran pencegah kanser dan minum air. Aku minum juga inertri produk yang kakak aku perkenalkan iaitu beras perang dan spirulina dengan harga yang mahal jugalah RM490. Pada masa ini duit bukan soal lagi...yang penting penyakit dapat diubati.
Aku teruskan amalan ini sehinggalah ketulan itu disahkan mengandungi cell kanser 0 stage. Tapi aku bersyukur sebab cell itu belum merebak ke organ lain. Ini aku tau melalui ctscan yang pakar radiology tu buat.

No comments:

Post a Comment