Sunday, October 11, 2015

Hadir Kelas Agama

Sebelum sakit aku adalah pelajar Kelas Pendidikan Wanita (Kelas Agama Untuk Wanita) dan selepas sakit pun aku tetap mengikuti kelas kecuali aku terpaksa menghadiri temujanji doktor. 5 hari lepas chemo aku attend juga kelas...aku pandu kereta sendiri walaupun kepala dan hidung sakit2 lah sikit...rasa tak selesa. Bagi aku kalau sakit masih boleh berjalan itu bukanlah alasan untuk ponteng kelas agama. Rugi kalau tak ikut kelas sebab menghadiri kelas seperti itu seolah2 aku mengunjungi taman2 di Syurga. Di kelas tu aku boleh mengikuti kelas tauhid, tasauf, sirah Nabi, aqidah dan fekah. Lepas solat asar berjemaah di Masjid ada pula kelas ngaji Alquran secara thalaqi. Kawan2 dah semakin ramai hadir di taman2 syurga ini. Semasa aku cuti sakit ini...seronok pula aku hadir kelas ni...tak mengantuk bila dengar ustaz tu bercerita sebab aku dah buat qailulah....segar saja mata aku berbanding semasa aku belum cuti sakit ...pasti kawan sebelah kejutkan aku sebab terlelap.
Alhamdulillah.....Allahu Akbar......Allah menguji aku dengan penyakit ini tetapi Allah banyak memberikan aku nikmat dan hikmah disebaliknya. Syukur ya Allah....

No comments:

Post a Comment