3 okt aku keluar rumah lagi sebab ada urusan di pejabat. Aku habiskan masa lebih kurang 4 jam. Aku balik ke rumah dan berehat melelapkan mata sekejap selepas zohor. Jam 2 petang aku ke Kelas Agama sehingga jam 5.30 petang balik ke rumah. Malam itu aku tertidur keletihan.
4okt aku pegri jalan2 di Pasar Tani. Balik rumah terus rehat dan tidur lagi. Lepas zohor aku rehat lagi terus tidur lagi. Nampaknya hari ke 6 chemo aku mula terasa letih badan. Macam nak naik gastrik pun ada. Bila nak makan tak lalu pulak tapi bila makan perut rasa kenyang pulak...serba tak kena betul.
5 okt seawal pagi selepas solat subuh dan baca Quran aku ke laman menyiram bunga2 di laman. Selepas dhuha aku ke bandar dan kerana perut rasa lapar singgahlah kami makan soto ayam di food court. Selepas solat zohor aku rasa cergas pulak....akau makan buah dan ais krim. Nampaknya kita tak boleh nak baring saja....cergas2kan badan kita....dan lawan keletihan tu sekali sekala.Alhamdulillah...syukur.
No comments:
Post a Comment