Sunday, October 11, 2015

Kewajipan tetap dijaga

Sebelum sakit dan setelah disahkan sakit.....jangan sekali2 kita lupa tunaikan kewajipan kita sebagai seorang Islam. Kalau nak cakap sebelum sakit tu...iyalah masa aku sihat tak tau lagi ada sakit kewajipan tetap aku tunaikan. Dalam kehidupan aku masa itu aku tambah juga solat2 sunat yang aku mampu buat. Biasanya aku lazimi solat sunat subuh dan solat sunat dhuha. Solat tahajud tu aku buat bila aku terjaga sebelum subuh...biasanya dalam jam 3 atau 4 pagi. Aku baca AlQuran sekali sekala bila aku tidak keletihan...maklumlah kan dan siang bekerja...bila malam badan pun terasa letih sangat.
Setalah aku disahkan sakit dan diberi cuti panjang...banyaklah masa aku di rumah. Tapi biasalah lepas chemo badan kita mesti rasa tak selesa...kepala sakit...hidung sakit sebab kesan ubat....badan mudah letih...tak boleh kena panas matahari. Masa2 yang terluang aku gunakan sebaiknya...kalau aku terbangun pastikan aku buat solat tahajud dan witir. Pada malam sebelum aku chemo hari tu aku terbangun malam dan buat solat tahajud, solat hajat dan berdoa pada Allah agar ubat chemo itu hanya mematikan cell yang jahat sahaja. Setiap pagi aku tetap buat solat dhuha. Selepas solat maghrib dan solat subuh aku lazimi baca Al Quran...tapi kalau aku rasa sihat lepas solat asar atau zohor pun aku baca Alquran. Lepas solat Isyak pun aku baca lagi AlQuran. Macam2 surah aku baca....yang popular aku baca tu ialah surah Alwaqiah, surah Almulk, Surah Yaasin, Surah Assajadah, Surah Addukhan dan aku juga baca surah2 penyembuh cell kancer. Kadang2 aku baca Al Maathurat.
Pengalaman aku baca AlQuran selepas chemo ni betul2 meresap dalam badan aku....aku jadi bertenaga dan dan cergas. Kepala yang selalu sakit...badan yang terasa panas...jadi sejuk dan boleh buat kerja2 rumah yang ringan.....selera makan pun bagus..tak pernah ada rasa loya2 apa lagi rasa nak muntah seperti yang selalu dialami pesakit lepas chemo. Alhamdulillah...13 hari lepas chemo rambut pun masih ok....ada juga lah rambut yang gugur bila disikat.
Subhanallah.....betapa beruntungnya kalau kita boleh membaca Alquran....janganlah sia2kan masa yang ada... kita kena pergi kelas mengaji dan betulkan tajwid, mahkraj...dan usaha kita itu pasti diredhai Allah swt dan doa2 kita pasti dimakbulkan.



No comments:

Post a Comment